Thursday, February 25, 2010

surat. cinta.

wauuu. selalu kita tengok dalam movie, saat saat yang mengharukan selalunya mesti di lapangan terbang. ingin berpisah.

terharu *mungkin kerana persamaan kisah? heh.

cinta tak kenal jarak. jauh atau dekat. jika hati sudah bersatu, distance bukan lagi halangan. ye, mungkin sebenarnya menimbulkan lebih banyak masalah. cemburu-rindu-gaduh-perhatian-bosan dan sebagainya, tapi semua itu bukan sebab untuk menidakkan perasaan hati. dan, banyak sudah kisah cinta yang berjaya walaupun terpisah buat sementara.





Banyak cara untuk memantapkan perhubungan jarak jauh ini. aku sudah cuba satu cara =)

LOVE LETTER. SURAT CINTA.
mungkin ada yang mengatakan perbuatan mengutus surat ini sudah lapuk. dalam sehari, lebih 20 pesanan ringkas kita terima dari pasangan (dan mungkin lebih.) tetapi, perasaan menulis surat dan menerima kejutan begini adalah sesuatu yang indah. sungguh sungguh indah. bagi pihak aku yang menulis, aku merasa indah dan bahagia apabila dia menerima nya. ini bukan bohong. cuba lah. it creates excitement in relationship :)


benarlah, cara yang lama, adakalanya lebih menguntungkan. hati dan jiwa. teknologi hanya medium sehari hari, tapi tulisan dari hati lebih diingati. selamat mencuba :)

*sealed with a kiss, xoxo*

Friday, February 19, 2010

takkan. pernah. puas.

kita takkan pernah puas. dengan apa yang kita miliki. apatah lagi dengan yang belum kita dapatkan. sebab kita manusia. mahu betis hendakkan peha. aku pun begitu. aku rasa, mungkin sebab aku manusia. ya, manusia biasa. aku selalu tidak puas. atau lebih tepat, kurang menghargai dengan benda-benda di sekeliling aku. begitu juga dengan mereka yang mengenali aku. haha. aku tahu. tak patut aku begitu. tapi aku tidak sempurna. selalu lupa dengan nikmat yang ada. dan mula tercari-cari bila menghilang dari depan mata.

dalam kehidupan sehari harian aku, merungut semacam perlu. bukan aku tidak cuba menjadi manusia yang lebih berterima kasih dan menghargai, tetapi seringkali ter LUPA. haha. merungut tentang pagi yang sejuk. tentang terpaksa bangun untuk ke tempat kerja. tentang masalah masalh bodoh di sana. tentang ketidakcukupan belanja. tentang berat badan. tentang keletihan. dan berterusan sehingga ke kamar tidur. hmm.. pernah aku mendengar *aku lupa dari mana - "yang sekali kita merungut atau mengeluh, umur kita akan dipendekkan sehari demi sehari". takut. sangat takut sebenarnya. tapi masih lalai. tiada perubahan. statik.

haha. motif post ini?

entah. mungkin rasa bersalah kerana jarang menghargai. atau kerana banyak luahan di dalam hati. aku pun tak pasti. hihi.

MENGHARGAI. ye, aku mungkin perlu untuk belajar lagi. dan lebih mengingati perkataan ini :)

Wednesday, February 10, 2010

malang tak semestinya tidak indah :)

uih. eh, hai!

dah lama nya tak post apa apa pun kat sini. banyak sangat benda berlaku. dan banyak juga pembaziran duit, masa, tenaga.. satu je yang aku tak pandai pandai nak bazir kan.. FOOD. heh.

hujung bulan satu aku pergi sabah. 6 hari aku di sana. dengan kawan sekepala aku, syahida manaf (atau nama dalam tiket mas - syahidah. keh. kampung.) satu journey yang sia sia tapi luckily i had met a new friends .

kepeng : walaupun dah kenal lama, tapi baru time tu bercakap mesra keh keh. die seorang yang kool!

ameng : abang kepeng. sumpah die ni non stop hits. langsung tak diam2. ahahaha! tapi memang die la yang menceriakan keadaan. kelakar sungguh! walaupun tak larat nak layan dia bercakap, tapi itu la yang menarik tentang dia. oh ye. he's enganged :)

fazli n ida: tak payah stori la. diorang ni memang dah kenal pun heh. walaupun aku single time d kk, diorang tak pernah left me alone :) next time kita pegi lagi ye!
p/S: ehem!

jangan tanya kenapa aku di kota kinabalu.
jangan tanya kenapa aku di ranau.
jangan tanya kenapa aku tak pegi tawau.

kalau nak tanya sangat, tanya seorang budak bangang. *maaf atas kekasaran bahasa keh.

will update later :)

p/s: cuba manjadi lebh positive :]