Wednesday, June 30, 2010

aduhh. tajam!

aku seorang yang sinis. ye, aku sangat setuju. kalau bab menyindir, aku lah juara. tapi im not that mean laa. haha. still can find a FUNNY way on how to be sinis dan masih tak menyakitkan hati. tapi kadang kadang terlepas cakap gak lah kan. maklum lah. manusia. kita bukan 'maksum-orang yang tidak pernah membuat dosa : nabi.'

sinis ni macam kita menyindir seseorang melalui kata kata mahupun perbuatan. impak perbuatan sinis ni? selalu nya membawa kepada perbuatan menyakitkan hati. huhu. sian mangsa..

kalau nak cakap pasal orang yang sinis ni, ada banyak jenis. ada yang mulut tahap longkang punya, ada yang cakap sinis - tapi dia sorang je yang paham *haha*, ada yang cakap baik - tapi muka daring gila. huh. macam macam. tapi, apa apa pun kena behave la ye dak?mana boleh sesuka hati kita je nak sindir sindir orang, boleh membawa kepada perasaan malu tau. haha. aku cakap ni, untuk kesedaran aku jugak. kan aku dah cakap awal2 tadi, yang aku ni pun seorang yang sinis. jadi, lets change for better, guys.

:)

diskriminasi.


HA. HA. HA. HA.
Not Funny eh?
Think so.

stupid but true quotes:

"I developed a nutty attitude where I'd think, If some guy really loves me he doesn't care if I'm fat. I'd come up with all these stupid reasons why it would be OK to be fat. "
Kirstie Alley.

Sunday, June 27, 2010

My Perfect Palette.

 aqua and chocolate.


blue and chocolate.


blue black and green.


light aqua and light chocolate.


blue and purple.


light blue and maroon.

i wish for a simple wedding. with the perfect combination of colours. i love black. tapi takkan kahwin nak kaler hitam kot. buang tebiat ke ape. so i prefer blue. motif post warne pilihan perkahwinan? haha, saje *wink2*

source : theperfectpalette *LOVE*

Wednesday, June 23, 2010

lagi?

haha! semalam letak gambar iphone 4, skali gmabar yg di copy besar gedabak. makan space. mungkin ade ironi nye di sini. ifbeli iphone4, lubang di poket atau bank akan sebesar gambar iphone4 tu dalam blog aku. huhu.

hari ni aku akan stay opis. *tiba-tiba cerita benda lain* ade latihan simulasi ataupun ERP. ala, macam latihan kebakaran orang selalu buat dulu.. time aku praktikal, konon2 macam ade gas beracun bocor la. haha. siap ada pelakon bagai. gila lah. tahun ni plak, pasal pengebom berani mati. haaa. dasyat nok. jangan ade orang awam yang sakit jantung pulak. kang tak pasaal je. aku ingat malas nak tido. stay sampai esok kul 6 pm. haaa. tahan ke tak? wallahualam.. :)

lagi...

oh ye, bulan 7 aku akan g sabah. one of my favourite place in the world - KOTA KINABALU. weheeeeeee :) ndak sabar bha aku mau pigi sana. mau jumpa kawan2 lama sa. rinduu. mau makan sayap ayam lagi. gilak eh, lama suda ndak makan tu. dulu time aku belajar sana, sayap ayam a.k.a kepak ayam tulah yang aku dok tibai hari hari. aku rindu KK. aku makan banyak mana pun, badan i slimmmm. tak macaam sekarang. huh.

lagi....

hati masih biasa je bila cakap soal kerja. itu je.

lagi.....

cinta? ok je. baru gaduh n baik hari tu. haha. biasalah kan. tak gaduh tak interesting pulak.. tapi bila gaduh rasa lapar. pedehal? keh keh. *statement cover* nothing much laa. biasa2 je. bulan 7 ni genap 3 tahun dah aku dengan dia. lama gak. heh. bosan? belum lagi. tak perasan pun dah nak tiga tahun. macam baruuu je sgt. tup tap tup tap. cepat betul. wish us luck.

lagi..........

semenjak dua menjak ni, aku banyak diam. entahlah. macam tak ada apa jugak nak dicakap kan. sampai opis 2 jam awal. err. balik plak mmg jadi sayur laa. penat tau. nak rempit naik putra, n rempit naik LRT pastu rempit lagi naik bus. if adik aku ada kat umah, boleh lah die amik. tak payah nak rempit bus. huhu. kalau naik teksi hari2 dari LRT tu, sakit woii. sehari rm5. 20 hari = RM 100. masak akuu. gaji dah lah tak berapa nak tinggi. ahhh. nak cakap pasal gaji lagi ke?? malas lah.

lagi.............

dah lah kot. esok2 i hapdate lagi. nanti kalau dah tua, leh baca blog ni. mesti lawak gila. betapa rebel nya aku time nih. semua nak komplen. haha. ok. chow sin chi.

Tuesday, June 22, 2010

Soo Tempting... slrupp.





siapa kah insan yang baik hati, terpuji dan menyayangi aku. belikanlah ini untuk saya... huhu. lagi best dari iphone 3GS. boleh video call. and record video in HD. my dream will come true if aku dapat benda ni. wahahahahahha!!

iphone 4, i love you.

sumber daripada : buah epal.

Friday, June 18, 2010

guilty.


this is why i hate talking.

Thursday, June 17, 2010

antara benda yang saya amat takutt..

i am really scared of clown. member2 yang kenal aku, semua akan provoke aku bila tau yang aku ni takut tengok/ nampak/ dekat dengan badut. im really find that thing is SCARY!



korang rasa badut ni kelakar ke? huh i dont think soo...



see, see! they have double personality!!!! huh



*scared*



be careful! the 'funny' clown might be under your bed. errrrrrrrrrrr..



 aku takut dengan clown sejak aku tengok satu cerita mat saleh tentang clown yang makan @ bunuh budak. i CANT remember exactly pasal cerita tu, but aku yakin itu adalah starting point ntuk aku benci benda benda clown, maskot, patung semua ni. aku sanggup ikut jalan jauh if diorang ni ada di kedai or whatever. huh.

i HATE CLOWN!

Wednesday, June 16, 2010

shhhh. diam.

Diam.

aku mendiam lagi. tak tahu kenapa. mulut aku dah malas dan penat nak cakap. rasa macam tak perlu kot. heh. bukan masalah besar pun. masalah masalah kecik dan bodoh. tapi itu yang mencucuk dan manikam hati. ewahhh. ayat nak sastera. kalau orang buat kita kecik hati, dan benda yang dibuat tu besar mungkin lebih senang di bincangkan. tapi, kalau benda itu kecik, bodoh, remeh dan temeh.. perlu ke kita membuang masa bercakap atau berbincang? tak perlukan? buang masa. apatah lagi bila benda remeh dan bodoh tu, benda yang sama yang kita berkali kali cakap kan. memang totally buang masa. haha. tapi, tak dinafikan.. bende remeh macam ni lebih menyakitkan hati berbanding kalau masalah tu besar nak mampus. kan ada pepatah 'sikit sikit lama lama jadi bukit' . sikit sikit sakit hati, lama lama panas hati woii.

hmm entah lah. aku kadang kadang rasa penat. penat sampai aku jadi malas dan fed up. ye, mungkin aku dah malas nak beremosi. stupid things will lead to stupid action. and i dont want to make a stupid mistake. so?  nak buat apa ye? diam dan tenangkan diri je lah. esok lusa, ok lah tu.

hati, dua tiga hari baik lah nanti. tak perlu susah hati. just let go. babai.

Tuesday, June 15, 2010

warna dan tulisan kehidupan

Dulu - dulu time belajar, kita mesti sibuk nak beli pen, pensel alat tulis bagai. haha. belajar nya tak lah gempak sangat. bergaya je. nak tunjuk kat member2, pen sape paling meletup and gempak selebriti astro. masa aku sekolah agama dulu, kitorang siap kumpul pen banyak banyak and main rumah2. haha! kononnya berjiran lah.. sape yang ada banyak pen, banyak lah 'orang orang' nya. pen/pensel yang lawa2, jadi 'orang' yang cun lah. hihi.

Masuk sekolah menengah, sape takde ini, memang tak 'in' lah! haha. tapi sebenarnya, aku tak paham kalau orang guna ini and highlight satu buku. setiap patah tulisan nak highlight. kan ke kegunaan dia untuk higligh key point je??? heh.

Sekarang. dah ada pertandingan ini yang menarik tertarik ko memang de bomb! korang try lah! macam besssss and fun. aku tak try lagi le, sebab tak leh bukak kat internet opis aku nih (T_T) kalau menang game ni, hadiah sampai RM 7000 tau! bleh gak cekidaut laman web ni. banyak game2 best. teringat time den mudo2. huhu. tapi jgn lupe masuk sini tau. rugii tak terai... ( rugi tak try :p )

ok lah, nak cari balik pen pen aku kat opis ni. hilang jee. nak mengimbau zaman sekolah. hehe. tata :)

Monday, June 7, 2010

bukan aku tak nak bersyukur... TAPI..

haha. gila tau. pagi pagi dini hari enrty aku dah pasrah. hehe. tapi frankly speaking, itulah yang aku rasa sekarang. pasrah. menyerah. hmm. tak larat lah nak complaint 24/7. penat tau! penat mulut bercakap, panas hati lagi. its not worth it.. biarlah. aku nak potpet pun tak ada guna. dengki itu hasutan syaitan. ewahh. sejak aku baca buku cinta sufi - laksamana sunan tu ayat aku nak islamik. hehe. baguih la. change for the better i hope.

kalau nak bentangkan ketidakpuasan hati, 4 hari 4 malam tak cukup. tapi takpe, ak paham. aku ni sape. diorang tu sapa. aku ni pembantu je. dorang esekutif. pasrah jelah.

hmmm.

Tuesday, June 1, 2010

puisi di pagi hari.

hati sakit.
bila rasa tak dihargai.
tapi tak siapa peduli.
kerana mereka masih mampu tersengih, geli dan suka hati.
aku tak mampu lagi.
untuk terus terusan makan hati.
orang lain naik gaji.
tapi,
aku masih kena makan maggi.
woi!
aku pun degree.
aku pun nak beli itu ini.

hati sakit.
bila rasa tak dihargai.
tapi tak siapa peduli.
gaji gaji gaji.
kalau tak kerana gaji, untuk apa kita kerja lagi?
jangan cakap minat, ikhlas itu dan ini.
kalau tak ada gaji, kau nak kerja lagi?
materialistic world tau sekarang ni.
duit lagi penting dari anak bini.
yelah, kalau tak macam mana nak tanggung famili?
tapi aku belum ada famili sendiri.
setakat bagi kat mak bapak, aku mampu lagi.
buat masa ini.
kalau tak, aku mesti mengamuk sampai lupa diri.

hati sakit.
bila rasa tak dihargai.
tapi tak siapa peduli.
cukup cukup lah tu mimi.
merungut rungut di pagi hari.
'dah tu, kalau sakit hati?'
kau kan dah minum kopi, pagi tadi.
nak bising apa lagi?
'oh ye kan?'
takpelah mimi.
rezeki kau belum lagi.
jangan makan hati, ok?
pergi fikir strategi.
macam mana nak blah dari sini.
dan dapat gaji lagi tinggi.
amin.

hati sakit.
bila rasa tak dihargai.
tapi tak siapa peduli.