Friday, October 29, 2010

salah satu blog kesukaan aku.

"Lelaki seharusnya jadi gentleman - tarikkan kerusi kat awek bila dia nak duduk,hargai dia dengan kasih sayang,buatkan dia bahagia.Buatkan dia terawang-awang di udara.Setiap hari - lokek sangat ke masa nak tulis serangkap pantun atau puisi untuk yang tersayang?Lokek sangat ke nak buat something untuk yang tercinta?At least something - untuk dia rasa happy.Afterall,selalu yang merayu-rayu nak mintak couple adalah dari pihak lelaki.Apabila nko mintak couple bermakna nko meminta peluang untuk membuat kerja - membahagiakan awek tu"

xxxxxxx

"Selain tu,masalah di sebelah perempuan pulak - adalah bila lelaki senyum kat perempuan lain yang cun atau add Facebook awek cun - reaksinya adalah seperti Mak Joyah hilang laki - pergi cari kat kedai kopi - tarik telinga suami - histeria macam kalah judi.Woit relax la,bila balak pandang-pandang awek lain,atau mula usha-usha awek lain,anggap tu sebagai satu cabaran untuk mencantikkan diri."


Atas ni adalah petikan dari blog yang aku hari hari hari hari hari hari mau baca : BLOG YANG AKU WAJIB BACA HARI HARI.   sampai 5 kali hari aku tulis, menunjukkan hari isnin sampai jumaat aku akan baca dalam train on the way ke opis setiap pagi. blog ni selalunya amaatt panjang. so it takes time. tapi tak susah nak paham. this guy have sooooo many idea and i agree kebanyakan pandangan dia dalam setiap post. blog ni membuatkan kita berfikir tentang banyak isu2 yang selalunya aku dan kau dan sesiapa pun jarang nak amik port. hehe. so i like it coz it make me thinking.

today post is very interesting. i LOVE it. hehe. read and enjoy :)

courtesy from : Teh tarik gelas besar.

Wednesday, October 27, 2010

Gigih.

Tak pernah aku segigih ini. hihi. gigih mencari peluang baru. tapi nanti lah cerita. hihi

xxxxx

sekarang pun, ada benda lain yang aku gigihkan. hehe. aku gigih membilang hari. 9 more days. feel like yearsssss to me! did i said that Long Distance Relationship is hard? yes i did. and it is still HARD. huhu. tengah-tengah rasa panas hati and need a shoulder to cry on, he just not here. *eceyy, perlukah ada shoulder to cry on? boleh je kot nangis sambil Ym / Skype. hehe* Ramai member-member aku yang kata tak boleh kalau berhubungan secara LDR ni. tapi bak kata pepatah melayu 'Alah bisa tegal biasa'. Lama2, kita pun dah boleh adapt dengan fact yang dia jauh. tapi the worst part of being in LDR is, we might be veryy needy dengan couple kita. what to do. huk huk. Jadi ape yang aku buat, untuk mengelakkan diri aku terjerumus dalam kancah keboringan? nanti kita tengok. sekarang, mari kita lihat kebaikan dan keburukan LDR *from my point of view*

zasssss..

1. Lebih banyak masa untuk diri sendiri sebenarnya. yelah, hujung minggu tak payah dating. duit pun supposed tak abis sangat lah. (-_-'). tak payah nak pikir sangat minggu ni nak gi mana, minggu depan nak buat apa. kan? kan ke heaven camtuh?

2 . and because of kitorang jarangggg sangat berjumpa, the moment when we will see each other again its very precious. macam sekarang. tak sabar-sabar dah rasa nak tengok muka dia. walhal, mustahil la pulak kita lupa muka bf kita sendiri kan? hehe. tapi, tengok gambar and face to face bring sooooo much different. mungkin kita akan lebih menghargai satu sama lain dan akan merasakan kualiti bila berjumpa satu sama lain. in LDR, Quality is more important than Quantity.



3. LDR is preventing us from see each other anytime we want to. sebab tu, medium pengantara sangat penting, sms, email, facebook, mail, phone call, ym, skype. sume ni kena buat tau patutnye. walaupun sebenarnya memang perasaannya tak akan sama bila kita dekat, but at least there is an effort there. remember, simplest thing means the most.

4 . trust. always being a problem in LDR. kita tak percaya dia, dia tak percaya kita. hehe. there are always a risk in every relationship. but in LDR, the risk is double. so, kita yang decide kita nak handle kita punya relationship. a little too much is not good, but no trust at all is dangerous. hehe. choose and act wisely.

itu jelah contoh-contohnye. motif post? kerinduan yang amattttt mendalam. eceyyy muntah. so the counting day is begin. come on!! *wah, garang nye.*

babai.

Monday, October 25, 2010

3 years and 3 month.


M : For the time you Miss me.
U  : For the Ups and down moment we share.
H  : For the Happy time you give.
D  : For Discovering the beautiful world of love with me.

K : For the Kisses thru the phone.
H : For the sweet thing we Have together.
U : For your Understanding and believing in me.
Z : For Zillion more time we will share in future. InsyaAllah.
A : For the Awesome thing you've done.
I  : For the I love you words.

Thank you. I love you.

Friday, October 22, 2010

tips membuat lawak bijak.

among my close friends, aku dikenali sebagai orang yang selalu membuat lawak. ill put myself as a ' Lawak Kasar' category. hehe. tapi takdelah kasar mana pun. still acceptable and i love if people laugh when aku buat kelakar. tapi hanya orang yang aku selesa je dapat menghayati seni lawak aku. muahaha! aku memang anti sengan orang yang buat lawak bodoh, tak kelakar dan lain lain. sungguh menjengkelkan. tapi aku pun kadang-kadang buat lawak bangang jugak. (-_-") *ok, berjaya buat emoticon ini*

mari kita lihat tips untuk anda menjadi penghibur amature.

1 : pastikan anda membuat lawak untuk orang lain gelak. orang lain bermaksud orang di sekeliling anda. bukan anda. kalau anda buat lawak dan anda sendiri yang rasa kelakar dan anda gelak sorang-sorang, saya suggest anda diam dan buat - buat pengsan.

2 : lawak dibuat just for fun. so a little bit of sarcastic is acceptable. tapi jangan sampai orang lain rasa offended, bengang, dan marah dengan lawak anda. hati-hati ye. dan kalau anda seorang yang buat lawak sarcastic *macam aku kot* sila besikap terbuka kalau orang lain membahan anda pula. haha. jangan nak buat lawak pasal orang lain, then bila orang lain buat lawak pasal kita, kita nak hemo pula. relax and chill.

3 : sentiasa cari idea baru untuk membuat lawak. pastikan ianya fresh dan segar. janganlah 3 tahun buat lawak, ituuuu je lawak nya. like what the? orang lain pun dah tahu lawak anda tu macam mana penghabisan nya. cara -cara nak kenal pasti anda buat lawak berulang? bila kawan anda mengeluarkan bunyi gelak secara spastic dan monotone. ha. ha. ha.

4 : jadikan isu semasa atau perkara random untuk membuat lawak. the spontaneous the humour, the fun it will be. TRUST ME.

5 : kalau nak membuat lawak ni, expression dan gaya bercakap amaaaaaaat penting. jangan suara mendatarr dan anda expect orang lain gelak. kalau orang gelak pun, mungkin kerana ke'blur'an anda, bukan lawak anda.

6 : jadikan orang lain gembira dan terhibur dengan apa yang anda sampaikan. bukan membuat mereka ketawa sebab kesiankan anda, atau mentertawakan diri anda. jika itu berlaku maka anda telah berjaya membuat lawak bodoh di situ. tahniah.

7 : jangan menggunakan bahan lawak orang lain dan claim sebagai hak cipta anda. that is SO LAME.

8 : dan tips yang paling bijak sekali, sila buat lawak dengan orang yang betul. jangan nak tunjuk sangat yang kita ni kelakar sampai pegi buat lawak depan orang yang sakit gigi. memang lepas tu, kita pulak yang sakit gigi.

9 : practise, practise, practise. latih diri anda membuat lawak dengan orang yang paling hampir dan memahami anda. kalau kita buat lawak bodoh pun, at least tak ada lah malu sangat T_T

Sekian saja tips2 pada kali ini.

An apple keeps the doctor away, but


bye :)

Wednesday, October 20, 2010

Alhamdulillah.

memang sangat suka amik gambar awanan biru terutama dalam flight. di amalkan sejak belajar di kota kinabalu lagi. hehe. walaupun tak nampak apa, tetap nak tengok awan kat luar and the feeling is fresh!


Sampai ke denpasar airport, Bali. tengah tunggu nak cop passport. MasyaAllah. lama nak mampus. and the officer not friendly AT ALL. zero point for Bali for my first impression. Salahkan pegawai korang. dok bergayut kat telefon je. huh.


first drink in Bali. i love this Aqua bottle. harganya 1000 rupiah bersamaan berapa sen je aku rasa. lawa n cantik sangat. terpaksa beli air ni sebab air dalam cawan biru tu meloyakan aku dan air teh tu memayaukan aku. huh. i end up beli banyakkk sangat aqua ni kat Bali. hauss sebab Bali panass sangat.
*kat hotel harga nya 5000 rupiah. Naik 5 kali ganda.*


sungguh banyakkkkkkkkkkkkkkk berhala @ monumen yang gabak macam ni. and in every single house, memang akan ade tempat sembahyang hindu as weve been told that 95% of Bali people is Hindu. 4 hari aku kat sana, kurang dari 10 orang aku nampak orang yang bertudung. and babi guling is EVERYWHERE.


tarian barong. not my interest. boring, bagi aku lah. kadang2 interesting jugak, tapi sebab play ni terlampau lama. zzzz. memang kita tak paham la play ni. tak tahu diorang pakai bahasa apa. tapi diorang ade sedia kertas yang mengandungi scene2 yang diorang lakonkan. maka, boleh dibaca untuk lebih dipahami.


ini memang sangat cantik! tapi lupe nama tempat. paddy field kot. must go lah. untuk view yang cantik dan bergambar2 kenangan. itu jelah hehe.


with one of the tour agent.


dinner at natrabu, Bali. makan nasi padang. i had no idea that nasi padang adalah sangat sedap! love the chicken. and the decoration of the restaurant. recommended.


Tanah Lot. this is by far the MOST BEAUTIFUL PLACE IN BALI. yang aku pergi lah. cuma slack nye, tempat ni memang panas gila! tapi tempat dia sungguh cantik. kalau gi Bali tak gi sini memang rugi gile.


with my officemate :)


feeling2 blues untuk aku.


oh ni kat Tanah lot tadi. kuil kat laut. the view is really breath-taking.


kuta beach. too bad, kitorang tak mandi laut. apalah ertinya ke Bali tanpa mandi manda di laut. Sob!

Aku sudah selamat sampai Malaysia. Wah berangan oversea ni. Tapi memang pun kan. hehe. so far, the journey was good. tak cukup masa of course, and cuaca pun tak mengizinkan. Lebih banyak hujan. Naik2 atas bukit, hujan mencurah2. Maka, tiada view. Padanlah Bali maksudnya kembali. haha. Atas ni antara gambar2 kat Bali. banyak sangat. nak upload kat facebook pun malas yang hamat. jadi just bear with me. puiiii. mimi, ko ingat ko sorang dah gi bali. perasan.. hahah!

p:s / gua tak cukup tidooo (-__-)

Wednesday, October 13, 2010

percutian secara kejutan!

asyik2 citer sedih. balik2 aku hemo. haha. jadi kali ini mari kita bergembira. err, walaupun hanya aku yang gembira, korang tumpang jelah kegembiraan aku. muaahaha.

well InsyaAllah, im going to....

and it will happen tomorrow! mauhahaah.

atleast, something great is happen to me. semenjak dua menjak ni aku terasa semua benda tak memihak aku. opps, i should stop complaining! hehe. ini post gembira. pedehal nak hiba2 pulak. haha. aku ikut company trip  *of course, last minute* ahad lepas baru aku dapat tau aku dapat gi bali. khamis and balik ahad. duit pun tarak, because it was very last minutes. jadi, kemungkinan besar takde cenderahati sangat lah ye. sorry. hehe. tapi kot2 next time aku g, aku belikan ye. *entah bila*

ok, doakan aku selamat pergi dan selamat pulang.
and Bali, Here I Come!!!!

Monday, October 11, 2010

rindu.


awan.

kalu dapat dicapai,
maka saktilah hamba.

*quote from Laksamana Sunan ; Bagaikan Puteri novel.

Thursday, October 7, 2010

down

sudah jatuh ditimpa tangga.
rasa malang bertimpa timpa.
tak dapat betis, apatah lagi peha.
ohh sedihnya hati menjeruk rasa.

Frust. dua tiga hari ini memang hati aku rasa tensi, tekanan, down dan semua benda yang negatif. sedih jangan tanya lah. kadang aku terfikir. sampai bila. sampai bila kena bersabar, diperbodohkan dan rasa terhina. mungkin bagi sesetengah orang, aku menggembar-gemburkan cerita. alahh. bukannya apa sangat pun. tapi kau tak rasa. betapa loser nya aku rasa. aku dan mereka takde beza. malah, aku lebih tahu semua dulu. tapi aku dipandang sebelah mata. ahhh sakitnya dada! semua benda tak jadi mengikut apa yang aku harapkan. Ya Allah. sabarkan lah hati. tenangkan lah dada. mungkin rezeki aku belum tiba. tapi sampai bila? kalau rezeki aku bukan di sini, kau tunjukkan lah jalan untuk aku. Amin.

sudah jatuh ditimpa tangga.
sabarlah mimi, belum masanya.

Sunday, October 3, 2010

puisi hati.

hati macam besi.
itu yang kita impi.
namun, realiti menyinggah diri.
kau bukan sekuat bumi.
dan bukan setinggi langit.

kau cuma ada hati yang kecil.
yang bisa ditolak ketepi.
yang mudah menjauh hati.
jika kehendak kau tak dituruti.

cukup cukup lah bermimpi!
dan berkecil hati.
ayuh, bingkas bangun.
dan berlari!

mimishamimi
bilik belakang; ampang.