Thursday, December 29, 2011

WELL..

I am not in a right position to confirm everything, but yes.
We have some plan.
I hope InsyaAllah, everything will turn up well.



Till then.

Friday, December 23, 2011

Dia kata...

"InsyaAllah.. Tahun depan kita boleh tidur sama sambil pegang tangan sampai kebas."

He is cute, isn't he?
<3
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, December 13, 2011

Japan - KL

For 1 week..


Sob!

Sunday, December 4, 2011

December Already?

Not my favorite month. Because I honestly think I didn't achieve any of my dreams this year. Yawn. But for some reason, I'm thankful. 

  • I'm still alive, Alhamdulillah. 
  • I still have my family members around, although they are very annoying sometimes.
  • I'm still with the one and only guy I had known nearly 7 years ago. Our love relationship reach 4 years and still counting <3
  • I'm improving myself in my work field that I currently involved. (minus several disappointment).
  • I'm healthy even though my weight is showing a different story T T.
  • I had an amazing holiday in Krabi, Thailand. 

For that several reason I said earlier, I'm more than happy. Next year will be another chapter for me. I might change my status to something something? Pray for us. This year is flown very fast, I couldn't keep track on every moments I had through. But still, I'm not regretting any. Salam.

Tuesday, October 25, 2011

awkward.

Even the tittle look awkward.
At least for me.
I'm in the world of awkward moment now.
Everything seems so hmm.
At the time like this, I'm prefer to be alone.

Sorry.
For you.







Friday, September 30, 2011

We will never know.

Alfatihah..

Heard from my sister that her friend boyfriend was passed away yesterday morning. Accident. Even I personally didnt know her, I feel shocked, sorry and sad for her. I could understand her feeling. She loss a person that was really close to her. Her other half. I hope she stay strong.

Despite I am understand her feeling, Im not quite sure how will I react if this kind of tragedy happen to me (Nauzubillah..). Am I be as strong as her? Am I will lost my sanity? Am I crying all the time? I dont know. And I hope I will never know.

I hope Allah guide us and give all of us an opportunity to be alive longer enough to be Allah better servants. Aminn. InsyaAllah..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 23, 2011

Bagi atas (give up)

So. Biasanya akan sampai masa untuk kita rasa give up. Enough is enough. Malas nak bercakap. Bagi aku benda ni normal. Kata kita manusia biasa. Mustahil lah hati kebal bukan macam manusia biasa. Eh apa aku cakap ni. Maksud aku, samapi masa satu ketika kita akan rasa macam, eh eh macam asyik berlaku je benda ni. Penat nya nak handle. More like, malas nak layan.

Menjadi orang yang berbeza dari orang lain mungkin bukan kehendak semua orang. Tapi kau nak atau tak nak perbezaan itu tetap wujud. Mungkin bagi kau benda macam ni bagus. Mungkin bagi aku pulak benda macam tu lagi bagus. Susah nak tetapkan mana satu yang paling menyenangkan hati semua orang. End up, kau akan rasa bengang, tak puas hati, marah, sedih bila kehendak hati kau tak dipenuhi. WELL, GET A LIFE! Kita hidup dalam dunia ni bukan semata-mata untuk menyenangkan hati sendiri. Banyak pihak yang perlu dijaga. Jadi, kalau kau rasa terluka, fikirlah. Mungkin orang lain pun sama. Jadi walaupun telah sampai tahap untuk kita rasa tak mahu lagi peduli tentang semua benda, fikirlah semula. Sejukkan hati. Tenangkan jiwa. Take it easy. Ini peringatan untuk semua.

Terutama kau mimi.

Bukan semua yang kau nak kau akan dapat. Bukan semua yang tak memenuhi kehendak kau adalah salah. Mungkin kau sendiri yang terlalu memaksa. Mungkin juga kau nak gapai benda yang diluar kawalan kau. Relax sikit okay. Kau tak perlu give up. Cuma, berhentilah mengharap benda yang belum pasti. Kau tak akan rugi.

Lagi satu, kalau kau tengah tak sedap hati jangan menulis. Ayat kau tunggang langgang (T.T)





Oh, ini antara lagu kegemaran aku kalau aku down. Well, SEMANGAT MIMI!

Tuesday, September 13, 2011

Panduan menggunakan pengangkutan awam.

Dari perspektif pengguna tegar method of transportation ini.

Aku setiap hari guna bas dan LRT. Putra dan monorail once in a while. ERL beberapa kali. KTM??? Aku harap aku tak perlu guna lagi. Well, as you guys heard, KTM services is beyond sucks! It's SUCKERS. So, berbalik kepada topik. Kau, aku dan semua orang pasti tahu. Sesiapa yang menggunakan pengangkutan awam ni mestinya dan harus memiliki pengetahuan asas mengenai adab dan perkara yang perlu dilakukan dan dielakkan when using public transportation. Its annoyed me if this simple rules cant be follow by certain stupid people. Diharap dengan panduan asas dan mudah ini, kita semua akan menggunakan kemudahan ini dengan gembira dan senyuman di bibir.

1. Sekiranya menggunakan kad Touch & Go (TnG) digalakkan bersedia dari awal. Sebelum sampai dekat tempat nak masuk tu, pegang siap-siap TnG tu. Jangan dah tergadang (kat rumah aku tergadang maksudnya berdiri di tengah-tengah orang ramai atau benda) depan pintu nak masuk tu dan baru gelabah nak cari kad. Memang makan sumpahan dari orang-orang di belakang anda. Melainkan kau naik public transport masa bukan peak hours. Masa tu, lantak kaulah kalau kau nak zapin kat depan tu baru nak touch kad ko. Sama jugak untuk orang yang beli tiket di kaunter. Sediakan wang kecil. Dan juga pikir destinasi anda. Jangan depan tu baru kau nak pikir  

"EH KITEWW NAK GI SOGO KAN? MACAM MANA YEWWW? STESEN MANA NAK TURUN EK??"   =  Memang kau tuuuuttttttttttttttttttttttttttttt.
2. Kalau kau biasa guna pengangkutan awam ni (LRT, PUTRA, KTM) kau mesti akan nampak line kuning dan petak kuning dekat tempat kau nak naik nanti. Ok untuk bagi korang yang tak tahu dengan peraturan simple ni, aku bagi korang ilustrasi mudah k.

Tempat merempit tanpa motor.

LINE KUNING TEBAL : jangan berdiri lebih dari garisan tersebut pahamm?
LINE KELABU CAIR    : anggap la itu simen. heheh  (tak tahu lukis)
LUKISAN KUNING & ANAK PANAH MERAH : Tempat orang KELUAR dari train. Diulangi, KELUAR.
ANAK PANAH PINK : Tempat orang masuk SELEPAS orang keluar dari train.

Benda macam ni pun tak tahu ke? Lepas tu, kalau dah nampak orang beratur,  have some respect. Pergi lah belakang. Apa kau ingat kau ala-ala invisible la konon yang boleh selit tepi tepi tu. BUSETT! (refer lagu Ratu : Lelaki Buaya Darat, Buset aku tertipu lagiiii)

3. Lepas tu, paling penting dekat eskalator aka tangga bergerak. YE aku tahu. Orang cipta tangga bergerak tu sebab nak mudahkan kita supaya tak payah berjalan naik tangga. Penat. Tapi dekat stesen pengankutan awam, biasanya semua orang nak cepat. Masa itu emas. Untuk pengetahuan semua (sama ada yang tak pernah naik ataupun dah biasa naik tapi tak pernah ambik tahu) eskalator kan biasanya muat dua orang untuk berdiri sebelah menyebelah kan? 

*sebelah KIRI : untuk orang yang sakit kaki, sengal pinggang, penat, mnalas bergerak, orang tua, orang kurang upaya, orang tak dapat melihat, orang yang cepat lelah dan semput dan sebagainya.Maksudnya orang yang naik-naik je terus nak stay dan hanya mahu atau boleh angkat kaki bila dah sampai atas atau turun bawah.

*sebelah KANAN : untuk orang yang dah lambat pergi kerja, nak terberak, perlukan tandas, kejar bas, yang ada masalah kaki tak boleh stop kalau berjalan, yang menghargai konsep masa dan yang macam aku. Maksud aku khas untuk orang yang nak cepat. 

Senang kan. Kalau kau tak nak jalan, jangan berdiri belah kanan. MOVE YOUR ASS!

4. Dalam train. Kalau kau ada perasaan confident yang tinggi sangat pun, janganlah angkat keti (ketiak) kau tu tinggi ke awan. Pikirlah nasib orang-orang sekeliling. Kot ye pun memang wangi, tapi norma manusia. Bila nampak je orang angkat keti, mula ada bau fikiran yang serong, dibaca : busuk. Dan bagi lah seat kalau kau dah kompem orang tu pregnant atau tua atau kurang keupayaan. Ok. Kecuali kalau kau tak pasti perempuan tu gemuk atau pregnant. T T

Oppss, lagi satu. Bila kau dah sampai destinasi kau, standby la.Tapi jangan sampai kau halang orang lain. YAng tak nak turun tu pun, tepi lah sikit. BOWDOWW.  Yang nak turun tu, laju sikit pergerakan. Yang tengah hangat bercinta, tak payah nak you jump i jump sangat. Jangan nak sehati berdansa pulak dalam train. Duhh.

OKLAH. BAI.

Wednesday, August 24, 2011

iftar, syawal.

Entah sejak bila orang ramai suka sangat penggunaan bahasa yang bagi aku melebih - lebih. Contoh paling besar sempena bulan puasa ni. Dua tiga menjak kebelakangan ni aku tengok orang suka perkataan IFTAR. OK, aku tahu maksudnya berbuka dan dia dalam bahasa arab. Tapi aku rasa macam poyo je orang yang guna perkataan iftar ni. Jangan la sentap pulak. ni pada pendapat aku. Apa salahnya cakap BERBUKA PUASA je? Susah ke? Bajet arabic sangat la kalau ko guna perkataan IFTAR? atau ko tak Islamik kalau ko guna perkataan bukak puasa? Sesetengah orang agaknya tak paham pun apa maksud iftar. Janji bunyi Islamik dan ala ala ada keberkatan ramadan, ko pun tibai lah jugak guna. Selain pada iftar, perkataan yang popular adalah hijab. Like, what the?? Cakap jelah bertudung. Masyarakat sekarang memang suka guna bahasa yang diorang pikir menampakkan intelek diorang lebih tinggi. Bagi aku, biasa biasa dah lah. Kalau nak guna perkataan yang over tu masa SPM dulu lah. Bantai la ko nak guna bahasa poetry ke apa kan. Ok motip aku membebel. Suka hati la kan orang nak guna bahasa apa pung kan. Yang aku nak kecoh pehal? HAHA. 

Anyway, raya lagi beberapa hari. Seperti biasa, raya bagi aku biasa je. Tak perlu persediaan yang melampaui batas untuk orang kebanyakan macam aku ni. Tapi kalau bab rendang dan ketupat tu macam tak salah over kan. HEHE. Raya kali ni aku raya KL dengan famili aku. Dah beberapa tahun pun kitorang raya sini je. Senang. Balik kampung pun bukan ada apa gak. Paling - paling melingkor depan TV tengok rancangan raya. Baik kat umah. Ada ASTRO. Tapi cerita raya ASTRO pun kebanyakan nya macam agak hampeh gak. Paling aku menyampah kalau ada rancangan karaoke raya atau game show. Kalau movie aku boleh terima pakai lagi kan. Hmm entah lah. Makin bersepah artis sampai diorang pun tak tahu nak jadikan cerita apa yang sesuai. Paling paling nanti AKADEMI FANTASIA RAYA, RAYA REUNION bla bla. So typical.


OK. BYE.

Saturday, August 6, 2011

Puasa

Bulan ramadhan. Puasa lah semua umat Islam. Aku tak terkecuali. Tahan nafsu makan. Tahan pandangan mata. Tahan semuanya. Semoga amalan aku yang tak seberapa ini diterima. Walaupun masih banyak lompong yang boleh dipenuhi. InsyaAllah.

Salam ramadhan, umat Islam.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, July 28, 2011

Empat.

4 tahun dulu saya seorang diri. Tiada teman yang setia melayan karenah saya. Mungkin pada masa itu, tiada yang merindui saya. Ehem. Tapi dalam hati mana lah saya tahu. 4 tahun dulu, saya masih belajar. Masih bertepuk sebelah tangan. Masih mengharap bulan jatuh ke riba. Masih menunggu dia yang tak kunjung tiba. Saya masih menyukai orang lain pada masa itu. Kawan saya sendiri. Haih. Perempuan dan rahsia hati mereka. Memang memeningkan kepala. Mungkin juga syok sendiri. Tapi itu yang dinanti. Tapi ini cerita 4 tahun dulu.

Tiba - tiba ada orang lain datang. Jenguk - jenguk hati saya dan bertanya khabar. Perasaan saya ketika itu? Teruja. Tapi biasa saja. Sampai lah dia yang baru ini tak jemu mencuba. Makin saya nafikan, makin jelas rasa hati saya. Cewahh. Bunga - bunga cinta mungkin. Dia lelaki baik. Memang tak serupa dengan idaman saya dulu. Tapi dia menarik. Sekurang - kurangnya bagi sayalah. Itu kan paling penting. Akhirnya dia mahukan saya. Menjadi yang terpenting untuknya. Menjadi separuh dari jiwanya. Saya tergamam. Dan bingung. Namun saya menguatkan hati menerima dia. 

25 Julai 2011.



Sudah 4 tahun saya bersama dia. Harapan? Moga jodoh saya dan dia panjang. Masih banyak perjalanan yang perlu saya dan dia lalui. Saya harap, saya dan dia kuat.

Semoga kita lebih bahagia sayang. Bak kata pepatah, jauh di mata dekat di hati :)




Wednesday, July 20, 2011

Kesalahan biasa yang di buat oleh perempuan apabila...

B.E.R.C.I.N.T.A.


Sayangkan pasangan sepenuh hati. Tak boleh terlampau sayang. Sebab perempuan hati tisu. Ataupun peribahasa yang selalu kita dengar; Hati perempuan bagaikan kerak nasi. Aku tak pasti ni peribahasa atau apa. Aku dah lupa. Perempuan kalau orang salah cakap atau buat benda salah sikit cepat sangat sedih. Terasa. Emo. Marah. Jadi bila terlampau sayang, hati yang longlai itu akan jadi tambah layu. Dua kali sengatannya. Dua kali sakit yang dirasa. Dua kali kelukaannya. Dua kali dendamnya. Tapi tetap mampu memaafkan. Dan menidakkan rasa hati. Mampu juga mengalah. Mungkin kau yang akan parah nanti. Hati hati. Maka, bersederhana lah. Jangan jadikan hati yang sedia lembut itu makin lemah. Sayang itu ada batasnya. Lainlah kalau sudah berumah tangga. Maka layaklah suami didahulukan. Paham ye puan - puan. Dan kau juga Mimi T.T


Tamat.

:)

W.O.W




 *image courtesy from Google*

Thursday, July 14, 2011

Mana kau boleh pasti esok masih ada lagi?

Kalau boleh semua nak bahagia.
Kalau boleh hidup nak sentiasa ketawa.
Kalau boleh kita semua nak kaya.
Kalau boleh hidup kita mesti nak sempurna.
Kalau boleh aku pun nak sama.
Tapi bukan tidak boleh.
Cuma usaha kena lebih.
Hati kena bersih.

Terasa dan merasa benda biasa.
Adakalanya kau buat orang.
Adakalanya orang yang buat kau.
Ini bukan pilihan kita.
Kena sabar menerimanya.
Mungkin kau yang kurang memahami.
Mungkin kau yang terlalu ikut kata hati.
Mungkin juga nasib tak menyebelahi.
Nak tak nak kenalah hadapi.

Hidup kan cuma sekali.
Kau tak jumpa hari ni, mana kau boleh pasti esok masih ada lagi?






Monday, July 11, 2011

Hati.

Hati.

Semakin aku nafi
Semakin aku emosi
Semakin aku merindui
Semakin aku sedar yang kau tiada di sisi.
Semakin aku cuba menghindari
Semakin kau menghampiri
Semakin aku mendiamkan diri
Semakin aku yang merasa sepi

Hati.

Sering ketawa dalam duka
Sering menangis dalam gembira
Sering berkata dalam setiap perkara
Sering pula membisu seribu bahasa

Hati.

Kalau tiada belahannya
Manakan dapat hidup bahagia

Hati.

Sunday, July 3, 2011

?

Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, June 16, 2011

Sarcasm / Sarkastik

Aku memang sarkastik. Ye. Itu aku punya trait dan advantage. Keburukan nya, orang akan sentap dengan aku sebab aku ni mulut memang tajam dari pisau. Kebaikan nya? Aku dapat menangkis orang - orang yang nak menyakitkan hati aku sebab im being more sarcastic dari diorang. Aku rasa tak ada salahnya pun jadi macam tu. Tapi atleast kita still boleh choose orang mana yang kita nak laserkan atau orang mana yang kita nak layan baik. Aku tak ada masalah kalau orang nak sarcastic dengan aku.. Of course, aku mesti akan ada sentap sikit, kan aku pun manusia biasa. Tapi aku biasanya let go je lah. Dan balas balik kelaseran orang dekat aku tu. Kan? As one of the sarcastic people, aku takkan nak hemo sangat kalau orang buat aku. Tapikan, ada jugak orang yang pandai sound orang, tapi bila aku balas balik nak sentap. Tolong lah sikit ye. Kau cakap orang pandai, lepastu, ko assume orang kena terima kata - kata kau yang pedas tu. Dan bila orang balas apa yang kau kata in a mean / sarcasm way, kau terasa, tersentuh, tersentap. Lemas aku dengan orang yang tak sedar diri macam ni! Kalau kau pandai laser kan orang, kau pun patut pandai nak tahan hati kalau orang balas balik. Aku takkan sarcastic dengan semua orang. Dengan orang yang open minded, or cakap baik - baik dengan aku, aku takkan kurang ajar dengan dia. Tapi, kalau jenis orang yang selamba kodok je cakap orang, aku harap kau pun akan selamba kodok jelah dengan mulut aku.

Bak kata Jerry Junior II, "What you give, you get back."

Siapa Jerry Junior II? Entah, aku main petik je nama tu. hahahah! Nama biarlah mat saleh sikit. Kan peribahasa orang putih. Takkan aku nak tulis bak kata Cik Timah.. Tipu sangat tuuuu.

Oklah, nak urus duit juta - juta ni #sarcasm.

Friday, June 3, 2011

DIa suka kot main getah pendek.

Tiba-tiba Malaysia jadi gempak. Budak yang aku pun tak sure dah period ke belum mengaku dah main. Ecehhhh. Kau cakap macam main getah je. Tapi ni lebih kurang main getah gak lah. Getah panjang. Tapi dalam kes ni mungkin tak berapa panjang lah kot getah dia. Mungkin panjang berudu je. Mungkin jelah. Mana aku tahu. Aku tak tengok Budak-budak punya. Tak selera. Tapi minah ni selera. Dan bangga. Cara dia bangga tu lebih kurang macam bila seorang pencuri bangga dah mencuri.

"Woiii! AKu dah mencuri. Atleast aku mengaku yang aku dah pernah mencuri. Orang sekarang bukan kesah kalau orang perempuan mencuri. Sebab aku still ada maruah untuk mengaku yang aku pernah mencuri =) "

Lebih kurang ginilah agaknya. Mana aku tahu. Aku tak google pun nama budak ni. Klu : AdindaEvans. Tak penting pun. Aku agak-agak je. Tak payah lah bangga kau dah main getah. Orang ramai tak tanya pun. Kalau diorang tanya pun, kau tak payah lah jawab.Banyak lagi benda kau boleh buat pengakuan. Contohnya kau suka minum sampai tersembur ke, kau suka main gasing ke, kau suka makan banyak ke, kau tak pernah kalah dalam apa-apa pertandingan ke ataupun ko suka main getah. I mean, ACTUAL GETAH. Tolong lah ek budak-budak baru belajar ni. Kalau salah memang orang boleh tunjukkan. Tapi salah macam ni bukan orang tunjukkan. Kau yang tunjuk. Ha ha. Biarlah budak tu. Aku tak rasa dia tak tahu apa yang di buat tu salah. Cuma dia memang nak bagitahu orang. Mungkin permainan getah ni harus diuar-uarkan.. Kalau tak, tak urban la kau.

Lagi satu, aku ada sikit alergik kalau budak-budak yang tengah sekolah *form 1-3* ni nah berhubby-hubby. PLEASE LAHHHH. Actually bukan bebudak jelah. Orang besar pun sama. Kecuali lah kau memang sah husband and wife. Itu takpe. KAu nampak sweet. Ini, Baru sekolah. tudung pun senget lagi nak "hubby cyunk bby.  Lov u so mucx hny. Fver in my hat heart."  Haih. Meluat aku. Aku pun menggetik gak dengan boyfriend kadang-kadang. Tapi takdelah annoying gila. Tak paham aku budak-budak ni. Mungkin diorang ni dilahirkan dalam zaman yang sangat urban di era bersama linda, tu yang jadik pesen tu. Harap-harap, kalau aku ada anak nanti *InsyaAllah* takdelah die jadi pesen ni. Yang bangga main getah pendek. Dan kemaruk berhubby sebelum waktunya.

Dunia Akhir Zaman.

Monday, May 30, 2011

Big M

So now I have a mood swing. Eh, apasal sekarang aku punya post mesti start dengan So, blaa blaa blaa? Entahlah. Berbalik kepada tajuk, aku punya mood ni die punya swing kalah-kalah orang yang pregnant. Hemo nak over, hokayyy. Tak boleh blah! So, Im not in a mood right now. Everything happen just make me turn from cranky to crankier (?). Sorry for the time being. Im not in a mood to be a needy girl, cute girl or even sweet girl. Like you ever be, Mimi T.T

Bila time-time macam ni, the best thing I love is, Myself, My coffee, My songs and My thought. Yeah, time-time macam ni aku memang kejam punya. Tak pikir orang langsung. Korang nampak huruf M aku suma besar. Betapa selfish nya aku di kala ini. Ahhhh. Its better be this way. After all, who care about you other than yourself?!

Bah!

Thursday, May 26, 2011

Hadiah harijadi saya :)

So, baru baru ni birthday aku. Despite aku sedikit sedih tak ramai kawan aku yang wish, aku dapat banyak hadiah dari yang tak disangka sangka. Teeheeee! *ko bawjewt kaw comeyh kew gelaq cam tooow : ANNOY!*

Secara tiba - tiba dalam sejarah penglibatan aku dalam arena pertandingan melalui SMS anjuran salah satu majalah kesukaan aku ni, aku menang banyak hadiah. Benda lain - lain tapi sekaligus. Heehehe. So, kawan tak hingat takpa, ada hadiah jugak..

So first and foremost, THANKS to YOUUUUUUUUUUUUU!!!! Aku menang Follow Me punya skin care. Dari pencuci, toner, pelembap, mask, black head remover, syampu dan conditioner. Tak lupa. minyak wangiii. Hehehe. Aku memang tak pernah guna jenama ni, but heyy since free, grab je lah! Lagipun kulit aku not that sensitive, apa aku pakai pun orait je setakat ni. hehe. Syampu dan conditioner je aku bagi adik aku since aku guna Dove (really good for my hair). Heeheeh. *ko mimi asal free menggeletis suka.*

Berat owwww. Lebih kurang 11 product la aku dok hangkut. heheh.


Aku amik dengan Rezza, member opis lama aku. Thanks teman I heehe.

# Oh lupa. Selain daripada Follow Me, aku jugak menang Voucher Tony Romas (RM50). heheh. Jadilah. Asal hadiah, aku orait je. Yang ni aku mintak tolong kakak aku amik. Sebab jauh kawasan nya. Kawasan Elite elit. Mana ada public transport. Thanks Long. And thanks Cosmo. Actually before this aku ada menang gak. Tali pinggang Levis (Rm175++). Dari Cosmopolitan magazine gak. hehehe. I LOVE it!
****

So, sempena birthday aku ni ada lagi hadiah lain yang aku dapat. teheee. Macam ayat kat atas je (-_-)Anyhoo, sebab aku ada blog kesayangan aku ni, jadi of course aku daftar kat kat sini. Yelaa, walaupun blog kau ala - ala je, dan kau memang tak menjana pendapatan pun kat sini T T, tapi dapat tiket wayang dari sini free pun ok what heheh.

Yes, tengok wayang free. Bukan kah itu idaman semuaa?? Yahoooo!!!!


And, last but not least..

Ni hadiah Airasia bagi. TERIMA KASIH CIKGU AIRASIA !!!
                                     
So far, ni hadiah yang paling aku nantikannnnnn! Gotcha! YESSSSSS!!

p/s: Usaha tangga kejayaan. Muahahahhaahah!

Monday, May 16, 2011

Penjahat yang bodoh.

Ada banyak jenis kejahatan di dunia ini. Malas aku nak senaraikan. Semua pun tahu. Tapi ada beberapa siri perlakuan yang jahat dan bodoh pada pendapat aku.

Pertama, orang yang merompak dan bunuh orang yang dirompak.. Meragut pun ye jugak lah. For god sake! Dont simply kill people la. Suka hati kau je nak tamat kan riwayat hidup orang tu. Kau dah lah amik harta benda dia. Secara paksaan dan percuma. Jangan lah pulak ko parangkan orang tu. Kau ingat dia dah standby ke nak tinggalkan dunia ni? Kau pikir dia dah cukup amalan ke nak dibawa untuk hari perhitungan nanti? Mana laa ada orang yang ready to die. Ada pun mungkin tergolong dengan orang yang nak bunuh diri je. Itupun kategori orang bodoh gak. No need to kill yourself or anybody la.. Walau macam hampeh pun hidup yang ko ada, relax laa..hmm. Pasal penbodoh (penjahat bodoh) ni, kau dah buat dosa makan duit haroooom, cukup-cukup lah. Kau nak buat dosa membunuh pulak. Cukup tegar ke kau nak hadapi hukuman di dunia kalau kau tertangkap ataupun di akhirat kelak? Bukan yang Islam je. Mana-mana agama pun ada pembalasan nya. Dari kau jelah si penbodoh.

Kedua, penbodoh yang teramat bodoh sekarang. Acid Splasher. Tak tahu apa motif ko tuang asid kat muka orang. Kau ingat orang perempuan tu semua tak cuci muka ke sampai kau nak tolong cucikan? Guna asid pulak tu. Apa ke bangang sangat. Cuba la kau bayangkan mak kau nanti kena simbah asid, adik kau ke, atau pun kekasih hati kau? Sanggup ke kau nak tengok diorang terseksa? Perempuan mana yang tak nak jadi cantik? Apa ntah masalah si penbodoh ni. Bagi aku kalau diorang *acid splasher* kena kantoi, hukum n paling mantap untuk diorang semestinya muka diorang tu disimbah asid balik. Ataupun titik asid kat dalam mulut atau mata. Biar buta, lepas ni nak simbah orang pun tak kena. Atau pun rendam telor ayam dalam asid. Telur dia, of course. Baru menggelegak kesakitan. EEE, geram betul aku. Aku tak pernah nak takut kalau jalan naik LRT semua. Sekarang, cuak je. Asal jalan nak tengok kiri kanan suma.

Mungkin aku patut pakai Full Face Helmet sekarang. Pi lantak la kalau tak ada motor pun.
Bye.

Monday, May 9, 2011

Apa perasaan anda?

Bila pagi - pagi train yang ko biasa naik (malahan ko purposely gerak awal dari rumah) ditamatkan perkhidmatannya hanya satu stesen sebelum stesen destinasi ko?

Bila korang sedar korang gemuk macam ba alif ba ya kebelakangan ni, tapi selera makan ko mencanak - canak dan kau sedih sebab baju kau semua tak muat dan ko menangis di dalam hati tengok kawan - kawan yang solid (dan juga Hanis Zalikha) dan juga gambo diri kau di zaman belajar dulu?

Bila kau tak diberi peluang untuk menjadi diri sendiri di laman sesawang milik kau? Segala di pertikai dan di bahan? Ini tak boleh, itu tak menarik, ini nampak over. Mungkin aku patut memadam laman sesawang aku. Kemunculan web macam ni sebenarnya menyusahkan juga.

Bila kawan yang kau anggap baik lupakan harijadi kau? Sob. Tak de lah sentap sangat. Tak perlu wish ngam - ngam pukul 12am. Bukan kah wujud facebook untuk mengingat kan mereka. Aku sendiri pun diingatkan oleh Facebook.

Bila kau masih di takuk lama. Statik. Biasa biasa jee. Bukan aku harapkan yang luar biasa. Tapi biasalah manusia.

Bila kau nampak couple lain tergedik - gedik kat semua tempat? Bukan kau nak gedik pun. Kau nak keluar makan dengan boyfriend pun susah bebenau. Dia jauh. Lagi pun, perlu ke couple yang lain tu bemesra kat tempat awam. Contoh : annoying tak bila bf nyanyi kat LRT kuat - kuat and cakap "abg nak tujukan lagu ni untuk ayang. " Gf : "Taknak lagu ni.. ayang nak lagu lainnnn." PERLU KE??

Bila kau geram yang terlampau tapi apa yang boleh kau lakukan hanyalah diam dan berdialog dalam hati? Panas bebbbbbbbbbbbb!

Bila entry ni habis tiba - tiba?

Monday, April 18, 2011

So, I'm guilty.

Peeps,

Aku seorang yang amat kasar. Luaran dan dalaman. Tough la konoonnn. Tapi sebenarnya hati aku selalu terkecik, terusik, tersayu, terasa, teremo dan segala ter dengan mudah sekali. Kalau boleh, setiap kali aku ter semua tu, aku nak sangat nangis camni ...

ko bayangkan kalau aku nangis camni. Tak horror @ haru orang nak pujuk @ tengok. teheee.

Tapi aku bukan perempuan begini. Aku sebenarnya ada sikit jeles bila perempuan tu senang nak nangis kalau ter semua diatas. Bf pun nampak macam "ehhh, sweetnya awek aku ni nangis, terharu mak nyahhhh. Harus pujuk ni, Alaa comei2 intan payung sayang die muchuk2". Tapi aku bukan. 

Aku kebal - kononnya.
Aku tough - kononnya. 
Aku bukan cengeng - kononnya.
Aku tak lemah - kononnya.

Hmmm. Air mata aku ni kalau tengok cerita korea / jepun / video klip sedih kemain lagi menitis - nitis cam mati laki. hehe. Tapi kalau pasal lain, aku malas sikit nak tunjuk yang aku ni lemah la, sikit -sikit nangis. Poyo je kan aku. Apa yang aku buat, malam - malam before tido, aku padam suma lampu. Aku bukak kipas speed 4 yang sikit lagi macam nak tercabut. Dan aku pilih lagu - lagu dalam handphone cikai gua yang sesuai dengan perasaan gua sekarang dan pasang kuat - kuat sambil menitik air azimat yang kekadang masin (maybe sebab tercampur tahi mata?) kekadang neutral. GO MIMI! YOU ARE STRONG!!!!

p/s: plus gua tak nangis depan orang sebab muka gua horror kalau nangis tsk!

Thursday, April 14, 2011

Membawa kereta.

So citernya begini.

Lepas aku amik test JPJ dengan penuh berhemah dan tawaduk (dan dua kali), aku pun tak pernah pegang stereng kereta lagi. Bila aku duduk je tempat driver, aku akan rasa 'disetiap ada kamu mengapa jantungku berdetak' heh. Jadi lesen P aku pun tammat. Dan aku dah renew lesen aku. Lima tahun hokayy. Salahkan ibu mengandung. Mama yang nak sangat renew lamaa gila. Then aku pun ada lesen. Tapinya, sebagai pembenci Justin Bibir aku tetap tak berpegang pada cogan kata beliau. Iaitu : Never say never. Jadi aku selalu say NEVER atau NEBES (nervous) bila orang suruh aku belajar kereta.

Setelah hampir 3 tahun tak bawak kereta, aku pun dipaksa untuk membawa kereta pagi tadi. Jeng jeng jeng...

Ok, ingin aku highlight kat sini aku fail JPJ sekali, aku dah dekat 3 tahun tak bawak kereta, aku last bawak masa test JPJ dulu dan aku lemah kawalan stereng.

Jadinya, tadi aku duduk driver seat. Supervisor aku suruh aku bawak kereta. Pusing keliling bangunan. Untuk pengetahuan anda, kawasan keliling opis aku memang sempit okayy. Jadi aku bawak. Ditemani satu kawan dari opismate aku. Then aku bawak. Kawalan stereng ak lemah. Ok? Kawalan stereng aku lemahhhh! Tapi pusingan pertama orait. Bila aku nak parking, member aku suruh aku belasah satu round lagi. Adakah tiba-tiba je ada banyak kereta?!

'Tolong woi! Aku first time bawak. Freeze kan kenderaan anda!'

Hati kecilku berbisik. Hehe. Jadi aku tiba-tiba panik. Sebab ada mamat sorang ni dah marah aku nak langgar keta dia. Aku angkat tangan dan aku mulai berpeluh secara jantan (mengeluarkan peluh jantan). Kawalan stereng aku yang sedia lemah bertambah goyang. Sambil kaki aku shuffle, aku terus tarakuca. Maksud aku, kucar kacir la. Kebetulan pulak ada satu kereta parking macam haram. Bontot terkeluar dan bukan dalam petak parking. (Sebenarnya bukan kebetulan, masa aku first round dah ada. Tapi tadi jalan clear. Heh). Makanya aku da kasi srrrreeett satu kali kereta yg aku bawak dengan kereta pakcik tu T T

Pakcik tu dah la macam nak tipu aku. Dosa tau pakcik. Cat terkopek sikit pun nak mintak sampai 200 kat aku. Singgit dahlah. Hehe. Yang teruknya kereta kawan aku. Tanya mekanik dalam rm230 gak untuk dia repair. Huk huk. Pokai gua. Dah lah. Babai.

P/s: ada tak aku bagitau yang aku bawak keta WAJA tadi? Amacam hebat tak?

Friday, April 8, 2011

Him.

Sighhhh.

Wednesday, April 6, 2011

Special birthday post.

Hari ini birthday mamat ni. Aku dah lama kenal dia. Time 2004 awal - awal diploma. He is the most funniest person i had ever met. Aku suka nak anggap dia sebagai bestfriend aku. Aku harap dia pun ada tanggapan yang sama terhadap aku. Heh. Lawak dia kekadang mungkin orang tak boleh terima, but im cool with that. Time diploma adalah momento yang paling best untuk aku. Banyak sebab lain, tapi dia one of the reason la.

Aku rasa aku tak pernah lupa wish bday dia. Walaupun dah lama tak jumpa. Thanks to facebook, i guess. Hihi. Tahun ni umur dia 27 tahun. Tapi trust me, he looking wayyy younger than he actually is. Keh keh. Gua ayat lebih ni, belanja laaaa. I wish he will be happy. I hope he will. I know he will be.

"Oittt, cewek - cewek! Go catch this guy. He is worth it. He nice funny and kind. U will not regret, dear.."

Gua promote lebeyy lagi. Mark up lagi komisyen gua pleaseee. Hehe. K bro. Jaga diri. Catch up with me soon, ok azman syah?

Sunday, March 27, 2011

Day 20 – a hobby of yours

So lame, mimi. Orang dah move on dari challenge ni, ko baru nak sambung. Orait apa. Better late than never hokayy.

Hobi. My favorite past time. err.

Im not an active person. I dont fancy about anything that involve group activity. Yeah, call me NERD. But im a loner. Maannn, sound really bad. Heh. But this is me. Aku suka me-time rather than we-time. *adakah wujud we-time?* Lagi2 aktivity yang fizikal. Memang idok ler aku join. Yeah i am boring like that. So, kalau nak  kata hobi, aku lebih suka indoor activity; main Monopoly ke, Chess ke, Saidina ke, baca buku ke, tengok movie ke, makan ke, tido ke, berangan ke, dengar lagu ke, main internet ke, tengok persekitaran ke, kemas bilik ke, makan biskut ke, buat milo ke, kemas baju ke, main lawan mata dengan kucing ke... Ahhhhhh, pendek kata semua aktiviti yang bosan bagi hangpa la. Tapi heaven bagi aku. Its really depends on individu la kan. We are different. Heh....  Heh.....

*Google image*

HEH.

Tuesday, March 15, 2011

Tahap ke'selekeh'an seorang perempuan.

Perempuan biasanya dikaitkan dengan penampilan yang manis, ayu, manja. Itu yang menjadi idaman semua la. Tapi ada juga perempuan yang berketrampilan seksi, vogue d vass, hot dan seangkatan dengannya. Tapi, ada jugak jenis perempuan yang stailo, kemas, smart. Dan ada lagi satu jenis penampilan perempuan yang mungkin tak sesuaiii untuk berjumpa mak mertua : sempoi dan selekeh.

So, anda semua di golongan yang mana?

Penampilan harian aku sejak aku kerja tempat baru ni dan aku belum dapat uniform, aku suka pakai baju kurung. Yelah, senang. sarung atas, sarung bawah chow! Dan sejak berat badan aku ni naik mencanak - canak, aku punya sense nak bergaya langsung tarak. Alaaa, bukan bergaya pun.. Nak pakai dengan kemas pun aku malas. So, imagine gua yang gemuk dan selebet dahn selekeh gila ni T T Bukan aku tak nak bergaya, tapi baju semua dah sempit apa kes? Nak shopping baju yang extra size (huhu), no money no talk pulak. Last solution, kena gak diet..

MASALAH nak diet ni pulak, bukan boleh yakinkan hati sendiri yang "ok, minggu ni ko diet tau! Jaga kau kalau ko makan (banyak) !". Tak dapat nye deerrrr. Cakap senang lah, buat tengok! YE, ada yang success. Aku bukan cakap tak boleh success. Aku cakap susahhhhhhhhhhh. Eh eh. Pehal lak aku cakap pasal diet ni??

-------------

Ok, perempuan naluri dia memang nak bergaya. Mestilah kan. Kalau yang single, sebab nak dapat boyfriend. Kalau yang ada boyfriend bergaya untuk bf. Kalau yang dah kahwin? Untuk laki hangpa laa! Kang ada yang dapat madu awwww manis bak hempedu. Tak salah bergaya. Hak individu la kan. Semua orang suka tengok yang cantik - cantik kan. Its normal human being. Aku yang hodoh payau selebet pun suka tengok perempuan yang pandai bergaya. Diulangi, yang PANDAI BERGAYA. Harus huruf beso kat situ. Sebab ramaaaaai yang rasa dia cantik sebab bergaya (konon). Lain dari yang lain. Diva la katanya. Diva yang hadoo.

Nak bergaya biarlah bertempat. Jangan la sebab ko berani pakai striking kaler, ko ingat ko paling bergaya kat sini. Lagi satu ada sebab wujudnya quote 'Less is more'. Aku lebih rela tengok perempuan yang sempoi dan sedikit selebet dari tengok mangsa fesyen. Oppps! No offense. Sejauh mana tahap selebet yang aku rasa boleh blah lagi? Kalau setakat tak iron baju and tak mekap kalau setakat pegi pasar malam aku rasa bukanlah masalah parlimen eh eh, masalah besar. Biasalah tu. Natural beauty maaa. Tapi, kalau sampai baju tak basuh, taik mata bersepai, mekap tapi bau keti, taik kuku bersepadu, legging nampak v atau w shape (sape paham lu memang power!). Itu semua bukan sempoi atau selekeh.. Itu pengotoq naa.

Jadi, bagi anda bagaimana?

Friday, March 11, 2011

OperaMini

Selama ni kalau Digi msg aku dekat handphone, aku tak pernah amik pot masak nasi eh eh *kau ni ingat nasik je* maksud aku, amik pot ataupun peduli. Sebab bagi aku malas nak layan msg yang tak penting tu. Sorry abg Digi. Berapa kali aku dapat msg Domino's dari Digi, beli satu pizza dapat beli pizza kedua dengan harga rm3. Itupun aku buat dek je. Tapi, bila aku decide nak try OperaMini punya msg dari Digi, i LOVE it!

Sebelum ni memang aku on9 guna handphone sebelum ni. Ok-ok jelah services n kecekapan dia. Tapi bila aku dah download OperaMini, mannnn. Best gilaaaa! Sekarang aku update blog guna benda alah tu, smooth je. Macam on9 guna laptop atau pc! Jatuh cinta terus aku. Walaupun handphone aku macam old school flava, tak android atau bb atau iphone *sigh* tapi memang best dan best lah kali ni. Hehehehe.

Ok, gua dah penat tulis. Untuk sesiapa yang ada handphone yang boleh main internet macam gua, digalakkan untuk download OperaMini. Tapi pastikan anda pilih pakej internet yang betul lah ye. Jangan kang hujung bulan, pening bayar bil. Gunalah Digi unlimited plan. Rm68 je sebulan. On9 la sampai lebam atau patah jari jemari tangan. Heh.

Ok, last sekali :Digi, pastinya pilihan yang lebih bijak.

Random: jangan terkunci di luar opis di waktu pagi. Bukan aku T T

Wednesday, March 9, 2011

Kahwin.

Kahwin.

Kalau kau dah jumpa gf/bf, mesti ada terlintas dalam hati nak berkahwin. Tak nak berpisah. Nak hidup bersama. When you are in Long Distance Relationship? Naluri nak bersama-tak-sanggup-berpisah tu lagilah membuak - buak. Bila nak jumpa, excited sampai makan pun tersengih - sengih :D .. Bila dah nak balik, aduii sakit dan sedihnya hati macam hape! *bukan aku tau*
Jadi cakap pasal kahwin kan tadi? What is the appropriate age (average) for 2 people who wish to get married? 25? 26? 27? 28? 29? Takkan ada jawapan kan? Some people yg mampu / gatai, decide nak kahwin awal. Ada orang yg mampu tapi nak enjoy dulu. Ada jugak yg eager nak kahwin, tapi (tak)adaaaa duuuit!! Grrr.

Persoalannya sekarang, mazhab mana yang kita ikut yg mengatakan kahwin mesti ada duit ribu riban? Apa?! Mazhab Melayu? Haihhh.. Tulah masalahnya. Nak kumpul duit nak kahwin pun dah satu cabaran. Belum lagi nak duit bila dah abis majlis kahwin (which is for me veryy important though).. Pernikahan adalah satu ikatan yang suci, mudah dan halal. Hidup bersama sebagai suami isteri tu yang perlu dititikberatkan. Majilis kahwin bagi aku tak payah gah sangat. Biasa - biasa dah lah kan. Yang penting, tetamu dapat makan. Kita pengantin patutnya tak payah pose sangat. Kita pun makan sekali. Haha! Baru meriah dok gitu? Tapi, kita ada ibu bapa, pakcik makcik, datuk nenek, kawan kawan yg nak dipuaskan hati. Makanya, segala adat tu menjadi wajib. Bukan dari segi agama lah. Heh.

Kesimpulanya?
Lambat lagilah kau nak kahwin mimi :p

Wednesday, February 9, 2011

10 things i love about you.

Walaupun in my previous entry aku cakap yang aku tak sambut Valentine, tapi sebab bulan ni macam romance punya aura sungguh banyak, aku pun terkena tempias nya (-_-) . Makanya, aku terasa nak buat satu list what the things that i love about him. It might sound cheesy, but hey! Pleaseee just bear with me peeps. heheh. *gatai*

1- He is different. I mean, dia bukan orang yang romantik macam orang lain. But he have his own way on how to make me feel loveable. He is unique. Dia tak pandai nak beromantik macam typical guy *which i mention that i kind love the typical move, erk!~* tapi when he did something romantic, make me feel happyyyy for a quite a longg time. heh

2- Dia sangat penyabar. Penyabar yang sangat sangat penyabar. Aku rasa kalau aku kapel dengan orang lain, kompem aku dah dalam list nak di clash. heh. Sebab aku ni cepat terasa, and maybe over sensitive. Thats not good kan? Tapi he manage to be with me. And im thankful for that. Maybe time aku tengah panas aku tak hargai apa yang dia buat, tapi bila aku dah ok, Im really appreciate his effort..

3- Dia tahu pasal financial planning. Which make me happy if one day im settle down with this man. Look, i am baaaaad with my financial. Aku mengaku aku boros dan tak tahu nak organise aku punya duit. hehe. Tapi he is not like that :)

4- Dia funny (especially bila berdua dengan aku). Im easily attract with a funny guy. They are veryy attractive. Funny with everyone else? Bonus. Funnieeeer when with me? JACKPOTTT!!

5- Dia sangaaat lurus. Kadang2 memang hangin la kan. Heh. Tapi, kalau aku pikir secara bertenang, kelurusan dia tu cute jugak sebenarnya. Hehe. When is the last time you guys see a clueless guy about most of the thing? Its kinda cute teehee :p

6- He is realistic person, dan masih cuba penuhi keinginan aku. Aku nak itu ini, dia akan try jugak bagi aku. Kalau tak mampu, dia akan put extra effort for me. Atau bagi aku ceramah percuma. Hehe And I love that.

7- Dia buat aku tenang. Terutama kalau dia depan mata aku. Tengok dia masa dia driving adalah one of my favorite thing to do. Hehe. Kadang - kadang sampai naik rimas dia sebab aku asyik usha je. Muahahahahaha!

8, 9 dan 10 ?

Let me save the rest for myself only. Cannot tell everything about him. Must save it for us jugak kan? Hehe. Happy valentine day *untukorangyangsambutjeok*

P. S. I Love you, sayang~

Friday, February 4, 2011

Vacation mood



Accidently found this video while browsing the Youtube. Such a happy song and give me mood to go to the vacation. I really need a gateway.

" I need to take a vacation
If this is settling down
Then why aren't you here?
I want a big celebration
The night we get back in town
And I hope you're all there "
xoxo.

Wednesday, February 2, 2011

February.

pic courtesy from Google image.

For some bizzare reason, people always find February is a romantic month. Compare to other 11 months. bleurggggghhh. For me, is just like any other month. Ordinary. Might be because i didnt celebrate Valentine. No, im not against anyone who choose to celebrate this so called lovely day. Im just not one of them. *but i agree that the February name sound kinda romantic. hehe*

I describe myself as a romantic person. Despite my fierce attitude *out of 5 persons, only one person who didnt think me as a fierce girl*  I am actually have a very fragile and romantic heart. Okay, boleh muntah kalau korang nak sekarang. hehe. Tapi memang betul. I love all the romantic and cliche move. Aku tak kisah. Aku suka. Biarlah orang kata, "eee, poyonya nak bunga and candle light dinner.." but personally i love that kind of move. Bagi aku, kalau nak tunjuk keromantikan dalam percintaan, tak payah nak tunggu tarikh - tarikh penting baru nak buat suprise itu ini.. Bila - bila masa pun kalau ko nak beromantik, just do it! Your partner will definitely appreciate you better. CONFIRM. Dont you love, bila tiba - tiba kau balik rumah je ada kiriman cinta dari pasangan korang? Dan korang tak suka ke, kalau bf/gf korang ajak kuar makan dan tiba - tiba dia bagi bunga dan bawak korang makan kat tempat yang romantic? Kalau aku, kompem aku jatuh cinta kali kedua. Heh. Tapi, bagi kau nak romantic pun ada batasnya. Kalau selang sehari kau nak bunga lah apalah, panas gak hati nak layan kan? Sekali sekala boleh lah.

ehhh, sebenarnya aku nak cakap pasal ape?

........

...

OH. Dah ingat. Pasal Valentine. Rasanya tak payah lah nak kupas dari mana datangnya hari Valentine ni. I believe semua orang dah tau. Nak sambut atau tidak? Terpulang. Hak individu. Bagi aku, Nehi. hehehhe.

p.s. I love you.

Monday, January 31, 2011

bertweet di blog.

Harus tidur awal.

Esok pagi ada date :)

Sunday, January 23, 2011

im am bored

Masa aku kecik-kecik lagi, aku banyak berangan. sampai sekarang pun. Dari kecik, aku memang nak jadi cikgu. Cikgu tadika atau sekolah rendah. Makin besar, bila dah kenal erti duit / dah tau demanding, aku nak jadi Pengurus hotel pula. Aku sebenarnya tak tahu menahu pun berapa gaji seorang pengurus. Cuma aku jangka, lebih besar dari seorang guru. Mungkin, sebenarnya aku pun tak tahu. Sampai sekarang, semua yang aku cita-citakan hanyalah kekal sebagai cita-cita. Realiti bukannya indah. Aku tahu sekarang. Kebelakangan ni, aku dah tak tahu hala tuju hidup aku. Apa aku mahu. Apa aku harapkan. Apa yang aku inginkan. Sedih. Meratap hiba dambaanku pilu. Aku terasa hidup aku kosong. Bosan. Hina. Dina. haih.. Kawan-kawan aku banyak yang best. Kerja best, hidup best. Aku? Masih di takuk lama. Hari-hari rutin yang sama. Sampai aku pun rasa letih dengan kehidupan harian aku. Tolonglahhhhhh. For the time being, im just being a normal and plain mimi. Aku tak berapa minat dengan kerja, kehidupan dan macam-macam lagi. Bangun pagi, pergi kerja, balik rumah dan tido. Dan rutin tu berulang untuk seterusnya.

bersambung...

Monday, January 17, 2011

abandon.

Untuk kesekian kalinya, aku abaikan lagi blog ini. Kesian ko kan blog. Kesian kat ko jugak challenge yang delayyy teramat lama. Maafkan tuan mu. Mengabaikan, tapi tak melupakan. Banyak benda mahu dikongsi. Tapi harus berhati-hati. Nanti kantoi, memakan diri. Hi. Hi.hi.

Apa khabar pembaca blog aku? #kauingatadakeorangbaca??!# Abaikan monolog dalaman aku. Makan tuan betul. Ish ish. aku alami sindrom malas. dan penat. baru start kerja baru. nak masuk minggu kedua. so far so good. kerja yang memang tak pernah aku bayangkan. yang tak pernah aku ambil tahu. tapi sekarang, aku berada di bidang pakar alat telinga. keh keh. dengar sungguh kelakar. but aku rasa tenang juga. sambil kerja, i am actually serve and help people. harap harap tabung pahala aku ada peningkatan. AMIN.

So, bila aku nak sambung challenge aku? jawapan aku entah. aku pun sebenarnya macam dah lupa aku stop kat mana. ahahaha! busy bebenau nampaknya kau mimi.  *dramaqueen* nanti lah aku sambung.

till then peeps =)

Saturday, January 1, 2011

when the time is come...

we will know.

kita akan tahu sendiri. tanpa perlu di beritahu. tanpa perlu berkata - kata. benda lama yang disimpan di dalam hati, ataupun yang berkali -kali diperingati, sampai satu masa kita akan jadi lali. kau nak berubah atau berdiam diri, aku dah malas nak peduli. aku orang yang jahat disini, mungkin. bagi orang lain. tapi mereka tak mengerti. aku sendiri makan hati. bukan sekali ini. banyak kali. berdiam diri. mungkin dapat mengubati. jangan sampai rasa itu mati. aku, malah kau juga yang rugi. selagi aku masih peduli, lebih baik kau berhati - hati. ubahlah diri.

*nonsense rambling*