Monday, January 31, 2011

bertweet di blog.

Harus tidur awal.

Esok pagi ada date :)

Sunday, January 23, 2011

im am bored

Masa aku kecik-kecik lagi, aku banyak berangan. sampai sekarang pun. Dari kecik, aku memang nak jadi cikgu. Cikgu tadika atau sekolah rendah. Makin besar, bila dah kenal erti duit / dah tau demanding, aku nak jadi Pengurus hotel pula. Aku sebenarnya tak tahu menahu pun berapa gaji seorang pengurus. Cuma aku jangka, lebih besar dari seorang guru. Mungkin, sebenarnya aku pun tak tahu. Sampai sekarang, semua yang aku cita-citakan hanyalah kekal sebagai cita-cita. Realiti bukannya indah. Aku tahu sekarang. Kebelakangan ni, aku dah tak tahu hala tuju hidup aku. Apa aku mahu. Apa aku harapkan. Apa yang aku inginkan. Sedih. Meratap hiba dambaanku pilu. Aku terasa hidup aku kosong. Bosan. Hina. Dina. haih.. Kawan-kawan aku banyak yang best. Kerja best, hidup best. Aku? Masih di takuk lama. Hari-hari rutin yang sama. Sampai aku pun rasa letih dengan kehidupan harian aku. Tolonglahhhhhh. For the time being, im just being a normal and plain mimi. Aku tak berapa minat dengan kerja, kehidupan dan macam-macam lagi. Bangun pagi, pergi kerja, balik rumah dan tido. Dan rutin tu berulang untuk seterusnya.

bersambung...

Monday, January 17, 2011

abandon.

Untuk kesekian kalinya, aku abaikan lagi blog ini. Kesian ko kan blog. Kesian kat ko jugak challenge yang delayyy teramat lama. Maafkan tuan mu. Mengabaikan, tapi tak melupakan. Banyak benda mahu dikongsi. Tapi harus berhati-hati. Nanti kantoi, memakan diri. Hi. Hi.hi.

Apa khabar pembaca blog aku? #kauingatadakeorangbaca??!# Abaikan monolog dalaman aku. Makan tuan betul. Ish ish. aku alami sindrom malas. dan penat. baru start kerja baru. nak masuk minggu kedua. so far so good. kerja yang memang tak pernah aku bayangkan. yang tak pernah aku ambil tahu. tapi sekarang, aku berada di bidang pakar alat telinga. keh keh. dengar sungguh kelakar. but aku rasa tenang juga. sambil kerja, i am actually serve and help people. harap harap tabung pahala aku ada peningkatan. AMIN.

So, bila aku nak sambung challenge aku? jawapan aku entah. aku pun sebenarnya macam dah lupa aku stop kat mana. ahahaha! busy bebenau nampaknya kau mimi.  *dramaqueen* nanti lah aku sambung.

till then peeps =)

Saturday, January 1, 2011

when the time is come...

we will know.

kita akan tahu sendiri. tanpa perlu di beritahu. tanpa perlu berkata - kata. benda lama yang disimpan di dalam hati, ataupun yang berkali -kali diperingati, sampai satu masa kita akan jadi lali. kau nak berubah atau berdiam diri, aku dah malas nak peduli. aku orang yang jahat disini, mungkin. bagi orang lain. tapi mereka tak mengerti. aku sendiri makan hati. bukan sekali ini. banyak kali. berdiam diri. mungkin dapat mengubati. jangan sampai rasa itu mati. aku, malah kau juga yang rugi. selagi aku masih peduli, lebih baik kau berhati - hati. ubahlah diri.

*nonsense rambling*