Sunday, March 27, 2011

Day 20 – a hobby of yours

So lame, mimi. Orang dah move on dari challenge ni, ko baru nak sambung. Orait apa. Better late than never hokayy.

Hobi. My favorite past time. err.

Im not an active person. I dont fancy about anything that involve group activity. Yeah, call me NERD. But im a loner. Maannn, sound really bad. Heh. But this is me. Aku suka me-time rather than we-time. *adakah wujud we-time?* Lagi2 aktivity yang fizikal. Memang idok ler aku join. Yeah i am boring like that. So, kalau nak  kata hobi, aku lebih suka indoor activity; main Monopoly ke, Chess ke, Saidina ke, baca buku ke, tengok movie ke, makan ke, tido ke, berangan ke, dengar lagu ke, main internet ke, tengok persekitaran ke, kemas bilik ke, makan biskut ke, buat milo ke, kemas baju ke, main lawan mata dengan kucing ke... Ahhhhhh, pendek kata semua aktiviti yang bosan bagi hangpa la. Tapi heaven bagi aku. Its really depends on individu la kan. We are different. Heh....  Heh.....

*Google image*

HEH.

Tuesday, March 15, 2011

Tahap ke'selekeh'an seorang perempuan.

Perempuan biasanya dikaitkan dengan penampilan yang manis, ayu, manja. Itu yang menjadi idaman semua la. Tapi ada juga perempuan yang berketrampilan seksi, vogue d vass, hot dan seangkatan dengannya. Tapi, ada jugak jenis perempuan yang stailo, kemas, smart. Dan ada lagi satu jenis penampilan perempuan yang mungkin tak sesuaiii untuk berjumpa mak mertua : sempoi dan selekeh.

So, anda semua di golongan yang mana?

Penampilan harian aku sejak aku kerja tempat baru ni dan aku belum dapat uniform, aku suka pakai baju kurung. Yelah, senang. sarung atas, sarung bawah chow! Dan sejak berat badan aku ni naik mencanak - canak, aku punya sense nak bergaya langsung tarak. Alaaa, bukan bergaya pun.. Nak pakai dengan kemas pun aku malas. So, imagine gua yang gemuk dan selebet dahn selekeh gila ni T T Bukan aku tak nak bergaya, tapi baju semua dah sempit apa kes? Nak shopping baju yang extra size (huhu), no money no talk pulak. Last solution, kena gak diet..

MASALAH nak diet ni pulak, bukan boleh yakinkan hati sendiri yang "ok, minggu ni ko diet tau! Jaga kau kalau ko makan (banyak) !". Tak dapat nye deerrrr. Cakap senang lah, buat tengok! YE, ada yang success. Aku bukan cakap tak boleh success. Aku cakap susahhhhhhhhhhh. Eh eh. Pehal lak aku cakap pasal diet ni??

-------------

Ok, perempuan naluri dia memang nak bergaya. Mestilah kan. Kalau yang single, sebab nak dapat boyfriend. Kalau yang ada boyfriend bergaya untuk bf. Kalau yang dah kahwin? Untuk laki hangpa laa! Kang ada yang dapat madu awwww manis bak hempedu. Tak salah bergaya. Hak individu la kan. Semua orang suka tengok yang cantik - cantik kan. Its normal human being. Aku yang hodoh payau selebet pun suka tengok perempuan yang pandai bergaya. Diulangi, yang PANDAI BERGAYA. Harus huruf beso kat situ. Sebab ramaaaaai yang rasa dia cantik sebab bergaya (konon). Lain dari yang lain. Diva la katanya. Diva yang hadoo.

Nak bergaya biarlah bertempat. Jangan la sebab ko berani pakai striking kaler, ko ingat ko paling bergaya kat sini. Lagi satu ada sebab wujudnya quote 'Less is more'. Aku lebih rela tengok perempuan yang sempoi dan sedikit selebet dari tengok mangsa fesyen. Oppps! No offense. Sejauh mana tahap selebet yang aku rasa boleh blah lagi? Kalau setakat tak iron baju and tak mekap kalau setakat pegi pasar malam aku rasa bukanlah masalah parlimen eh eh, masalah besar. Biasalah tu. Natural beauty maaa. Tapi, kalau sampai baju tak basuh, taik mata bersepai, mekap tapi bau keti, taik kuku bersepadu, legging nampak v atau w shape (sape paham lu memang power!). Itu semua bukan sempoi atau selekeh.. Itu pengotoq naa.

Jadi, bagi anda bagaimana?

Friday, March 11, 2011

OperaMini

Selama ni kalau Digi msg aku dekat handphone, aku tak pernah amik pot masak nasi eh eh *kau ni ingat nasik je* maksud aku, amik pot ataupun peduli. Sebab bagi aku malas nak layan msg yang tak penting tu. Sorry abg Digi. Berapa kali aku dapat msg Domino's dari Digi, beli satu pizza dapat beli pizza kedua dengan harga rm3. Itupun aku buat dek je. Tapi, bila aku decide nak try OperaMini punya msg dari Digi, i LOVE it!

Sebelum ni memang aku on9 guna handphone sebelum ni. Ok-ok jelah services n kecekapan dia. Tapi bila aku dah download OperaMini, mannnn. Best gilaaaa! Sekarang aku update blog guna benda alah tu, smooth je. Macam on9 guna laptop atau pc! Jatuh cinta terus aku. Walaupun handphone aku macam old school flava, tak android atau bb atau iphone *sigh* tapi memang best dan best lah kali ni. Hehehehe.

Ok, gua dah penat tulis. Untuk sesiapa yang ada handphone yang boleh main internet macam gua, digalakkan untuk download OperaMini. Tapi pastikan anda pilih pakej internet yang betul lah ye. Jangan kang hujung bulan, pening bayar bil. Gunalah Digi unlimited plan. Rm68 je sebulan. On9 la sampai lebam atau patah jari jemari tangan. Heh.

Ok, last sekali :Digi, pastinya pilihan yang lebih bijak.

Random: jangan terkunci di luar opis di waktu pagi. Bukan aku T T

Wednesday, March 9, 2011

Kahwin.

Kahwin.

Kalau kau dah jumpa gf/bf, mesti ada terlintas dalam hati nak berkahwin. Tak nak berpisah. Nak hidup bersama. When you are in Long Distance Relationship? Naluri nak bersama-tak-sanggup-berpisah tu lagilah membuak - buak. Bila nak jumpa, excited sampai makan pun tersengih - sengih :D .. Bila dah nak balik, aduii sakit dan sedihnya hati macam hape! *bukan aku tau*
Jadi cakap pasal kahwin kan tadi? What is the appropriate age (average) for 2 people who wish to get married? 25? 26? 27? 28? 29? Takkan ada jawapan kan? Some people yg mampu / gatai, decide nak kahwin awal. Ada orang yg mampu tapi nak enjoy dulu. Ada jugak yg eager nak kahwin, tapi (tak)adaaaa duuuit!! Grrr.

Persoalannya sekarang, mazhab mana yang kita ikut yg mengatakan kahwin mesti ada duit ribu riban? Apa?! Mazhab Melayu? Haihhh.. Tulah masalahnya. Nak kumpul duit nak kahwin pun dah satu cabaran. Belum lagi nak duit bila dah abis majlis kahwin (which is for me veryy important though).. Pernikahan adalah satu ikatan yang suci, mudah dan halal. Hidup bersama sebagai suami isteri tu yang perlu dititikberatkan. Majilis kahwin bagi aku tak payah gah sangat. Biasa - biasa dah lah kan. Yang penting, tetamu dapat makan. Kita pengantin patutnya tak payah pose sangat. Kita pun makan sekali. Haha! Baru meriah dok gitu? Tapi, kita ada ibu bapa, pakcik makcik, datuk nenek, kawan kawan yg nak dipuaskan hati. Makanya, segala adat tu menjadi wajib. Bukan dari segi agama lah. Heh.

Kesimpulanya?
Lambat lagilah kau nak kahwin mimi :p