Monday, April 18, 2011

So, I'm guilty.

Peeps,

Aku seorang yang amat kasar. Luaran dan dalaman. Tough la konoonnn. Tapi sebenarnya hati aku selalu terkecik, terusik, tersayu, terasa, teremo dan segala ter dengan mudah sekali. Kalau boleh, setiap kali aku ter semua tu, aku nak sangat nangis camni ...

ko bayangkan kalau aku nangis camni. Tak horror @ haru orang nak pujuk @ tengok. teheee.

Tapi aku bukan perempuan begini. Aku sebenarnya ada sikit jeles bila perempuan tu senang nak nangis kalau ter semua diatas. Bf pun nampak macam "ehhh, sweetnya awek aku ni nangis, terharu mak nyahhhh. Harus pujuk ni, Alaa comei2 intan payung sayang die muchuk2". Tapi aku bukan. 

Aku kebal - kononnya.
Aku tough - kononnya. 
Aku bukan cengeng - kononnya.
Aku tak lemah - kononnya.

Hmmm. Air mata aku ni kalau tengok cerita korea / jepun / video klip sedih kemain lagi menitis - nitis cam mati laki. hehe. Tapi kalau pasal lain, aku malas sikit nak tunjuk yang aku ni lemah la, sikit -sikit nangis. Poyo je kan aku. Apa yang aku buat, malam - malam before tido, aku padam suma lampu. Aku bukak kipas speed 4 yang sikit lagi macam nak tercabut. Dan aku pilih lagu - lagu dalam handphone cikai gua yang sesuai dengan perasaan gua sekarang dan pasang kuat - kuat sambil menitik air azimat yang kekadang masin (maybe sebab tercampur tahi mata?) kekadang neutral. GO MIMI! YOU ARE STRONG!!!!

p/s: plus gua tak nangis depan orang sebab muka gua horror kalau nangis tsk!

Thursday, April 14, 2011

Membawa kereta.

So citernya begini.

Lepas aku amik test JPJ dengan penuh berhemah dan tawaduk (dan dua kali), aku pun tak pernah pegang stereng kereta lagi. Bila aku duduk je tempat driver, aku akan rasa 'disetiap ada kamu mengapa jantungku berdetak' heh. Jadi lesen P aku pun tammat. Dan aku dah renew lesen aku. Lima tahun hokayy. Salahkan ibu mengandung. Mama yang nak sangat renew lamaa gila. Then aku pun ada lesen. Tapinya, sebagai pembenci Justin Bibir aku tetap tak berpegang pada cogan kata beliau. Iaitu : Never say never. Jadi aku selalu say NEVER atau NEBES (nervous) bila orang suruh aku belajar kereta.

Setelah hampir 3 tahun tak bawak kereta, aku pun dipaksa untuk membawa kereta pagi tadi. Jeng jeng jeng...

Ok, ingin aku highlight kat sini aku fail JPJ sekali, aku dah dekat 3 tahun tak bawak kereta, aku last bawak masa test JPJ dulu dan aku lemah kawalan stereng.

Jadinya, tadi aku duduk driver seat. Supervisor aku suruh aku bawak kereta. Pusing keliling bangunan. Untuk pengetahuan anda, kawasan keliling opis aku memang sempit okayy. Jadi aku bawak. Ditemani satu kawan dari opismate aku. Then aku bawak. Kawalan stereng ak lemah. Ok? Kawalan stereng aku lemahhhh! Tapi pusingan pertama orait. Bila aku nak parking, member aku suruh aku belasah satu round lagi. Adakah tiba-tiba je ada banyak kereta?!

'Tolong woi! Aku first time bawak. Freeze kan kenderaan anda!'

Hati kecilku berbisik. Hehe. Jadi aku tiba-tiba panik. Sebab ada mamat sorang ni dah marah aku nak langgar keta dia. Aku angkat tangan dan aku mulai berpeluh secara jantan (mengeluarkan peluh jantan). Kawalan stereng aku yang sedia lemah bertambah goyang. Sambil kaki aku shuffle, aku terus tarakuca. Maksud aku, kucar kacir la. Kebetulan pulak ada satu kereta parking macam haram. Bontot terkeluar dan bukan dalam petak parking. (Sebenarnya bukan kebetulan, masa aku first round dah ada. Tapi tadi jalan clear. Heh). Makanya aku da kasi srrrreeett satu kali kereta yg aku bawak dengan kereta pakcik tu T T

Pakcik tu dah la macam nak tipu aku. Dosa tau pakcik. Cat terkopek sikit pun nak mintak sampai 200 kat aku. Singgit dahlah. Hehe. Yang teruknya kereta kawan aku. Tanya mekanik dalam rm230 gak untuk dia repair. Huk huk. Pokai gua. Dah lah. Babai.

P/s: ada tak aku bagitau yang aku bawak keta WAJA tadi? Amacam hebat tak?

Friday, April 8, 2011

Him.

Sighhhh.

Wednesday, April 6, 2011

Special birthday post.

Hari ini birthday mamat ni. Aku dah lama kenal dia. Time 2004 awal - awal diploma. He is the most funniest person i had ever met. Aku suka nak anggap dia sebagai bestfriend aku. Aku harap dia pun ada tanggapan yang sama terhadap aku. Heh. Lawak dia kekadang mungkin orang tak boleh terima, but im cool with that. Time diploma adalah momento yang paling best untuk aku. Banyak sebab lain, tapi dia one of the reason la.

Aku rasa aku tak pernah lupa wish bday dia. Walaupun dah lama tak jumpa. Thanks to facebook, i guess. Hihi. Tahun ni umur dia 27 tahun. Tapi trust me, he looking wayyy younger than he actually is. Keh keh. Gua ayat lebih ni, belanja laaaa. I wish he will be happy. I hope he will. I know he will be.

"Oittt, cewek - cewek! Go catch this guy. He is worth it. He nice funny and kind. U will not regret, dear.."

Gua promote lebeyy lagi. Mark up lagi komisyen gua pleaseee. Hehe. K bro. Jaga diri. Catch up with me soon, ok azman syah?