Monday, May 30, 2011

Big M

So now I have a mood swing. Eh, apasal sekarang aku punya post mesti start dengan So, blaa blaa blaa? Entahlah. Berbalik kepada tajuk, aku punya mood ni die punya swing kalah-kalah orang yang pregnant. Hemo nak over, hokayyy. Tak boleh blah! So, Im not in a mood right now. Everything happen just make me turn from cranky to crankier (?). Sorry for the time being. Im not in a mood to be a needy girl, cute girl or even sweet girl. Like you ever be, Mimi T.T

Bila time-time macam ni, the best thing I love is, Myself, My coffee, My songs and My thought. Yeah, time-time macam ni aku memang kejam punya. Tak pikir orang langsung. Korang nampak huruf M aku suma besar. Betapa selfish nya aku di kala ini. Ahhhh. Its better be this way. After all, who care about you other than yourself?!

Bah!

Thursday, May 26, 2011

Hadiah harijadi saya :)

So, baru baru ni birthday aku. Despite aku sedikit sedih tak ramai kawan aku yang wish, aku dapat banyak hadiah dari yang tak disangka sangka. Teeheeee! *ko bawjewt kaw comeyh kew gelaq cam tooow : ANNOY!*

Secara tiba - tiba dalam sejarah penglibatan aku dalam arena pertandingan melalui SMS anjuran salah satu majalah kesukaan aku ni, aku menang banyak hadiah. Benda lain - lain tapi sekaligus. Heehehe. So, kawan tak hingat takpa, ada hadiah jugak..

So first and foremost, THANKS to YOUUUUUUUUUUUUU!!!! Aku menang Follow Me punya skin care. Dari pencuci, toner, pelembap, mask, black head remover, syampu dan conditioner. Tak lupa. minyak wangiii. Hehehe. Aku memang tak pernah guna jenama ni, but heyy since free, grab je lah! Lagipun kulit aku not that sensitive, apa aku pakai pun orait je setakat ni. hehe. Syampu dan conditioner je aku bagi adik aku since aku guna Dove (really good for my hair). Heeheeh. *ko mimi asal free menggeletis suka.*

Berat owwww. Lebih kurang 11 product la aku dok hangkut. heheh.


Aku amik dengan Rezza, member opis lama aku. Thanks teman I heehe.

# Oh lupa. Selain daripada Follow Me, aku jugak menang Voucher Tony Romas (RM50). heheh. Jadilah. Asal hadiah, aku orait je. Yang ni aku mintak tolong kakak aku amik. Sebab jauh kawasan nya. Kawasan Elite elit. Mana ada public transport. Thanks Long. And thanks Cosmo. Actually before this aku ada menang gak. Tali pinggang Levis (Rm175++). Dari Cosmopolitan magazine gak. hehehe. I LOVE it!
****

So, sempena birthday aku ni ada lagi hadiah lain yang aku dapat. teheee. Macam ayat kat atas je (-_-)Anyhoo, sebab aku ada blog kesayangan aku ni, jadi of course aku daftar kat kat sini. Yelaa, walaupun blog kau ala - ala je, dan kau memang tak menjana pendapatan pun kat sini T T, tapi dapat tiket wayang dari sini free pun ok what heheh.

Yes, tengok wayang free. Bukan kah itu idaman semuaa?? Yahoooo!!!!


And, last but not least..

Ni hadiah Airasia bagi. TERIMA KASIH CIKGU AIRASIA !!!
                                     
So far, ni hadiah yang paling aku nantikannnnnn! Gotcha! YESSSSSS!!

p/s: Usaha tangga kejayaan. Muahahahhaahah!

Monday, May 16, 2011

Penjahat yang bodoh.

Ada banyak jenis kejahatan di dunia ini. Malas aku nak senaraikan. Semua pun tahu. Tapi ada beberapa siri perlakuan yang jahat dan bodoh pada pendapat aku.

Pertama, orang yang merompak dan bunuh orang yang dirompak.. Meragut pun ye jugak lah. For god sake! Dont simply kill people la. Suka hati kau je nak tamat kan riwayat hidup orang tu. Kau dah lah amik harta benda dia. Secara paksaan dan percuma. Jangan lah pulak ko parangkan orang tu. Kau ingat dia dah standby ke nak tinggalkan dunia ni? Kau pikir dia dah cukup amalan ke nak dibawa untuk hari perhitungan nanti? Mana laa ada orang yang ready to die. Ada pun mungkin tergolong dengan orang yang nak bunuh diri je. Itupun kategori orang bodoh gak. No need to kill yourself or anybody la.. Walau macam hampeh pun hidup yang ko ada, relax laa..hmm. Pasal penbodoh (penjahat bodoh) ni, kau dah buat dosa makan duit haroooom, cukup-cukup lah. Kau nak buat dosa membunuh pulak. Cukup tegar ke kau nak hadapi hukuman di dunia kalau kau tertangkap ataupun di akhirat kelak? Bukan yang Islam je. Mana-mana agama pun ada pembalasan nya. Dari kau jelah si penbodoh.

Kedua, penbodoh yang teramat bodoh sekarang. Acid Splasher. Tak tahu apa motif ko tuang asid kat muka orang. Kau ingat orang perempuan tu semua tak cuci muka ke sampai kau nak tolong cucikan? Guna asid pulak tu. Apa ke bangang sangat. Cuba la kau bayangkan mak kau nanti kena simbah asid, adik kau ke, atau pun kekasih hati kau? Sanggup ke kau nak tengok diorang terseksa? Perempuan mana yang tak nak jadi cantik? Apa ntah masalah si penbodoh ni. Bagi aku kalau diorang *acid splasher* kena kantoi, hukum n paling mantap untuk diorang semestinya muka diorang tu disimbah asid balik. Ataupun titik asid kat dalam mulut atau mata. Biar buta, lepas ni nak simbah orang pun tak kena. Atau pun rendam telor ayam dalam asid. Telur dia, of course. Baru menggelegak kesakitan. EEE, geram betul aku. Aku tak pernah nak takut kalau jalan naik LRT semua. Sekarang, cuak je. Asal jalan nak tengok kiri kanan suma.

Mungkin aku patut pakai Full Face Helmet sekarang. Pi lantak la kalau tak ada motor pun.
Bye.

Monday, May 9, 2011

Apa perasaan anda?

Bila pagi - pagi train yang ko biasa naik (malahan ko purposely gerak awal dari rumah) ditamatkan perkhidmatannya hanya satu stesen sebelum stesen destinasi ko?

Bila korang sedar korang gemuk macam ba alif ba ya kebelakangan ni, tapi selera makan ko mencanak - canak dan kau sedih sebab baju kau semua tak muat dan ko menangis di dalam hati tengok kawan - kawan yang solid (dan juga Hanis Zalikha) dan juga gambo diri kau di zaman belajar dulu?

Bila kau tak diberi peluang untuk menjadi diri sendiri di laman sesawang milik kau? Segala di pertikai dan di bahan? Ini tak boleh, itu tak menarik, ini nampak over. Mungkin aku patut memadam laman sesawang aku. Kemunculan web macam ni sebenarnya menyusahkan juga.

Bila kawan yang kau anggap baik lupakan harijadi kau? Sob. Tak de lah sentap sangat. Tak perlu wish ngam - ngam pukul 12am. Bukan kah wujud facebook untuk mengingat kan mereka. Aku sendiri pun diingatkan oleh Facebook.

Bila kau masih di takuk lama. Statik. Biasa biasa jee. Bukan aku harapkan yang luar biasa. Tapi biasalah manusia.

Bila kau nampak couple lain tergedik - gedik kat semua tempat? Bukan kau nak gedik pun. Kau nak keluar makan dengan boyfriend pun susah bebenau. Dia jauh. Lagi pun, perlu ke couple yang lain tu bemesra kat tempat awam. Contoh : annoying tak bila bf nyanyi kat LRT kuat - kuat and cakap "abg nak tujukan lagu ni untuk ayang. " Gf : "Taknak lagu ni.. ayang nak lagu lainnnn." PERLU KE??

Bila kau geram yang terlampau tapi apa yang boleh kau lakukan hanyalah diam dan berdialog dalam hati? Panas bebbbbbbbbbbbb!

Bila entry ni habis tiba - tiba?