Thursday, June 16, 2011

Sarcasm / Sarkastik

Aku memang sarkastik. Ye. Itu aku punya trait dan advantage. Keburukan nya, orang akan sentap dengan aku sebab aku ni mulut memang tajam dari pisau. Kebaikan nya? Aku dapat menangkis orang - orang yang nak menyakitkan hati aku sebab im being more sarcastic dari diorang. Aku rasa tak ada salahnya pun jadi macam tu. Tapi atleast kita still boleh choose orang mana yang kita nak laserkan atau orang mana yang kita nak layan baik. Aku tak ada masalah kalau orang nak sarcastic dengan aku.. Of course, aku mesti akan ada sentap sikit, kan aku pun manusia biasa. Tapi aku biasanya let go je lah. Dan balas balik kelaseran orang dekat aku tu. Kan? As one of the sarcastic people, aku takkan nak hemo sangat kalau orang buat aku. Tapikan, ada jugak orang yang pandai sound orang, tapi bila aku balas balik nak sentap. Tolong lah sikit ye. Kau cakap orang pandai, lepastu, ko assume orang kena terima kata - kata kau yang pedas tu. Dan bila orang balas apa yang kau kata in a mean / sarcasm way, kau terasa, tersentuh, tersentap. Lemas aku dengan orang yang tak sedar diri macam ni! Kalau kau pandai laser kan orang, kau pun patut pandai nak tahan hati kalau orang balas balik. Aku takkan sarcastic dengan semua orang. Dengan orang yang open minded, or cakap baik - baik dengan aku, aku takkan kurang ajar dengan dia. Tapi, kalau jenis orang yang selamba kodok je cakap orang, aku harap kau pun akan selamba kodok jelah dengan mulut aku.

Bak kata Jerry Junior II, "What you give, you get back."

Siapa Jerry Junior II? Entah, aku main petik je nama tu. hahahah! Nama biarlah mat saleh sikit. Kan peribahasa orang putih. Takkan aku nak tulis bak kata Cik Timah.. Tipu sangat tuuuu.

Oklah, nak urus duit juta - juta ni #sarcasm.

Friday, June 3, 2011

DIa suka kot main getah pendek.

Tiba-tiba Malaysia jadi gempak. Budak yang aku pun tak sure dah period ke belum mengaku dah main. Ecehhhh. Kau cakap macam main getah je. Tapi ni lebih kurang main getah gak lah. Getah panjang. Tapi dalam kes ni mungkin tak berapa panjang lah kot getah dia. Mungkin panjang berudu je. Mungkin jelah. Mana aku tahu. Aku tak tengok Budak-budak punya. Tak selera. Tapi minah ni selera. Dan bangga. Cara dia bangga tu lebih kurang macam bila seorang pencuri bangga dah mencuri.

"Woiii! AKu dah mencuri. Atleast aku mengaku yang aku dah pernah mencuri. Orang sekarang bukan kesah kalau orang perempuan mencuri. Sebab aku still ada maruah untuk mengaku yang aku pernah mencuri =) "

Lebih kurang ginilah agaknya. Mana aku tahu. Aku tak google pun nama budak ni. Klu : AdindaEvans. Tak penting pun. Aku agak-agak je. Tak payah lah bangga kau dah main getah. Orang ramai tak tanya pun. Kalau diorang tanya pun, kau tak payah lah jawab.Banyak lagi benda kau boleh buat pengakuan. Contohnya kau suka minum sampai tersembur ke, kau suka main gasing ke, kau suka makan banyak ke, kau tak pernah kalah dalam apa-apa pertandingan ke ataupun ko suka main getah. I mean, ACTUAL GETAH. Tolong lah ek budak-budak baru belajar ni. Kalau salah memang orang boleh tunjukkan. Tapi salah macam ni bukan orang tunjukkan. Kau yang tunjuk. Ha ha. Biarlah budak tu. Aku tak rasa dia tak tahu apa yang di buat tu salah. Cuma dia memang nak bagitahu orang. Mungkin permainan getah ni harus diuar-uarkan.. Kalau tak, tak urban la kau.

Lagi satu, aku ada sikit alergik kalau budak-budak yang tengah sekolah *form 1-3* ni nah berhubby-hubby. PLEASE LAHHHH. Actually bukan bebudak jelah. Orang besar pun sama. Kecuali lah kau memang sah husband and wife. Itu takpe. KAu nampak sweet. Ini, Baru sekolah. tudung pun senget lagi nak "hubby cyunk bby.  Lov u so mucx hny. Fver in my hat heart."  Haih. Meluat aku. Aku pun menggetik gak dengan boyfriend kadang-kadang. Tapi takdelah annoying gila. Tak paham aku budak-budak ni. Mungkin diorang ni dilahirkan dalam zaman yang sangat urban di era bersama linda, tu yang jadik pesen tu. Harap-harap, kalau aku ada anak nanti *InsyaAllah* takdelah die jadi pesen ni. Yang bangga main getah pendek. Dan kemaruk berhubby sebelum waktunya.

Dunia Akhir Zaman.