Thursday, July 28, 2011

Empat.

4 tahun dulu saya seorang diri. Tiada teman yang setia melayan karenah saya. Mungkin pada masa itu, tiada yang merindui saya. Ehem. Tapi dalam hati mana lah saya tahu. 4 tahun dulu, saya masih belajar. Masih bertepuk sebelah tangan. Masih mengharap bulan jatuh ke riba. Masih menunggu dia yang tak kunjung tiba. Saya masih menyukai orang lain pada masa itu. Kawan saya sendiri. Haih. Perempuan dan rahsia hati mereka. Memang memeningkan kepala. Mungkin juga syok sendiri. Tapi itu yang dinanti. Tapi ini cerita 4 tahun dulu.

Tiba - tiba ada orang lain datang. Jenguk - jenguk hati saya dan bertanya khabar. Perasaan saya ketika itu? Teruja. Tapi biasa saja. Sampai lah dia yang baru ini tak jemu mencuba. Makin saya nafikan, makin jelas rasa hati saya. Cewahh. Bunga - bunga cinta mungkin. Dia lelaki baik. Memang tak serupa dengan idaman saya dulu. Tapi dia menarik. Sekurang - kurangnya bagi sayalah. Itu kan paling penting. Akhirnya dia mahukan saya. Menjadi yang terpenting untuknya. Menjadi separuh dari jiwanya. Saya tergamam. Dan bingung. Namun saya menguatkan hati menerima dia. 

25 Julai 2011.



Sudah 4 tahun saya bersama dia. Harapan? Moga jodoh saya dan dia panjang. Masih banyak perjalanan yang perlu saya dan dia lalui. Saya harap, saya dan dia kuat.

Semoga kita lebih bahagia sayang. Bak kata pepatah, jauh di mata dekat di hati :)




Wednesday, July 20, 2011

Kesalahan biasa yang di buat oleh perempuan apabila...

B.E.R.C.I.N.T.A.


Sayangkan pasangan sepenuh hati. Tak boleh terlampau sayang. Sebab perempuan hati tisu. Ataupun peribahasa yang selalu kita dengar; Hati perempuan bagaikan kerak nasi. Aku tak pasti ni peribahasa atau apa. Aku dah lupa. Perempuan kalau orang salah cakap atau buat benda salah sikit cepat sangat sedih. Terasa. Emo. Marah. Jadi bila terlampau sayang, hati yang longlai itu akan jadi tambah layu. Dua kali sengatannya. Dua kali sakit yang dirasa. Dua kali kelukaannya. Dua kali dendamnya. Tapi tetap mampu memaafkan. Dan menidakkan rasa hati. Mampu juga mengalah. Mungkin kau yang akan parah nanti. Hati hati. Maka, bersederhana lah. Jangan jadikan hati yang sedia lembut itu makin lemah. Sayang itu ada batasnya. Lainlah kalau sudah berumah tangga. Maka layaklah suami didahulukan. Paham ye puan - puan. Dan kau juga Mimi T.T


Tamat.

:)

W.O.W




 *image courtesy from Google*

Thursday, July 14, 2011

Mana kau boleh pasti esok masih ada lagi?

Kalau boleh semua nak bahagia.
Kalau boleh hidup nak sentiasa ketawa.
Kalau boleh kita semua nak kaya.
Kalau boleh hidup kita mesti nak sempurna.
Kalau boleh aku pun nak sama.
Tapi bukan tidak boleh.
Cuma usaha kena lebih.
Hati kena bersih.

Terasa dan merasa benda biasa.
Adakalanya kau buat orang.
Adakalanya orang yang buat kau.
Ini bukan pilihan kita.
Kena sabar menerimanya.
Mungkin kau yang kurang memahami.
Mungkin kau yang terlalu ikut kata hati.
Mungkin juga nasib tak menyebelahi.
Nak tak nak kenalah hadapi.

Hidup kan cuma sekali.
Kau tak jumpa hari ni, mana kau boleh pasti esok masih ada lagi?






Monday, July 11, 2011

Hati.

Hati.

Semakin aku nafi
Semakin aku emosi
Semakin aku merindui
Semakin aku sedar yang kau tiada di sisi.
Semakin aku cuba menghindari
Semakin kau menghampiri
Semakin aku mendiamkan diri
Semakin aku yang merasa sepi

Hati.

Sering ketawa dalam duka
Sering menangis dalam gembira
Sering berkata dalam setiap perkara
Sering pula membisu seribu bahasa

Hati.

Kalau tiada belahannya
Manakan dapat hidup bahagia

Hati.

Sunday, July 3, 2011

?

Published with Blogger-droid v1.7.2