Wednesday, August 24, 2011

iftar, syawal.

Entah sejak bila orang ramai suka sangat penggunaan bahasa yang bagi aku melebih - lebih. Contoh paling besar sempena bulan puasa ni. Dua tiga menjak kebelakangan ni aku tengok orang suka perkataan IFTAR. OK, aku tahu maksudnya berbuka dan dia dalam bahasa arab. Tapi aku rasa macam poyo je orang yang guna perkataan iftar ni. Jangan la sentap pulak. ni pada pendapat aku. Apa salahnya cakap BERBUKA PUASA je? Susah ke? Bajet arabic sangat la kalau ko guna perkataan IFTAR? atau ko tak Islamik kalau ko guna perkataan bukak puasa? Sesetengah orang agaknya tak paham pun apa maksud iftar. Janji bunyi Islamik dan ala ala ada keberkatan ramadan, ko pun tibai lah jugak guna. Selain pada iftar, perkataan yang popular adalah hijab. Like, what the?? Cakap jelah bertudung. Masyarakat sekarang memang suka guna bahasa yang diorang pikir menampakkan intelek diorang lebih tinggi. Bagi aku, biasa biasa dah lah. Kalau nak guna perkataan yang over tu masa SPM dulu lah. Bantai la ko nak guna bahasa poetry ke apa kan. Ok motip aku membebel. Suka hati la kan orang nak guna bahasa apa pung kan. Yang aku nak kecoh pehal? HAHA. 

Anyway, raya lagi beberapa hari. Seperti biasa, raya bagi aku biasa je. Tak perlu persediaan yang melampaui batas untuk orang kebanyakan macam aku ni. Tapi kalau bab rendang dan ketupat tu macam tak salah over kan. HEHE. Raya kali ni aku raya KL dengan famili aku. Dah beberapa tahun pun kitorang raya sini je. Senang. Balik kampung pun bukan ada apa gak. Paling - paling melingkor depan TV tengok rancangan raya. Baik kat umah. Ada ASTRO. Tapi cerita raya ASTRO pun kebanyakan nya macam agak hampeh gak. Paling aku menyampah kalau ada rancangan karaoke raya atau game show. Kalau movie aku boleh terima pakai lagi kan. Hmm entah lah. Makin bersepah artis sampai diorang pun tak tahu nak jadikan cerita apa yang sesuai. Paling paling nanti AKADEMI FANTASIA RAYA, RAYA REUNION bla bla. So typical.


OK. BYE.

Saturday, August 6, 2011

Puasa

Bulan ramadhan. Puasa lah semua umat Islam. Aku tak terkecuali. Tahan nafsu makan. Tahan pandangan mata. Tahan semuanya. Semoga amalan aku yang tak seberapa ini diterima. Walaupun masih banyak lompong yang boleh dipenuhi. InsyaAllah.

Salam ramadhan, umat Islam.
Published with Blogger-droid v1.7.2