Wednesday, August 24, 2011

iftar, syawal.

Entah sejak bila orang ramai suka sangat penggunaan bahasa yang bagi aku melebih - lebih. Contoh paling besar sempena bulan puasa ni. Dua tiga menjak kebelakangan ni aku tengok orang suka perkataan IFTAR. OK, aku tahu maksudnya berbuka dan dia dalam bahasa arab. Tapi aku rasa macam poyo je orang yang guna perkataan iftar ni. Jangan la sentap pulak. ni pada pendapat aku. Apa salahnya cakap BERBUKA PUASA je? Susah ke? Bajet arabic sangat la kalau ko guna perkataan IFTAR? atau ko tak Islamik kalau ko guna perkataan bukak puasa? Sesetengah orang agaknya tak paham pun apa maksud iftar. Janji bunyi Islamik dan ala ala ada keberkatan ramadan, ko pun tibai lah jugak guna. Selain pada iftar, perkataan yang popular adalah hijab. Like, what the?? Cakap jelah bertudung. Masyarakat sekarang memang suka guna bahasa yang diorang pikir menampakkan intelek diorang lebih tinggi. Bagi aku, biasa biasa dah lah. Kalau nak guna perkataan yang over tu masa SPM dulu lah. Bantai la ko nak guna bahasa poetry ke apa kan. Ok motip aku membebel. Suka hati la kan orang nak guna bahasa apa pung kan. Yang aku nak kecoh pehal? HAHA. 

Anyway, raya lagi beberapa hari. Seperti biasa, raya bagi aku biasa je. Tak perlu persediaan yang melampaui batas untuk orang kebanyakan macam aku ni. Tapi kalau bab rendang dan ketupat tu macam tak salah over kan. HEHE. Raya kali ni aku raya KL dengan famili aku. Dah beberapa tahun pun kitorang raya sini je. Senang. Balik kampung pun bukan ada apa gak. Paling - paling melingkor depan TV tengok rancangan raya. Baik kat umah. Ada ASTRO. Tapi cerita raya ASTRO pun kebanyakan nya macam agak hampeh gak. Paling aku menyampah kalau ada rancangan karaoke raya atau game show. Kalau movie aku boleh terima pakai lagi kan. Hmm entah lah. Makin bersepah artis sampai diorang pun tak tahu nak jadikan cerita apa yang sesuai. Paling paling nanti AKADEMI FANTASIA RAYA, RAYA REUNION bla bla. So typical.


OK. BYE.

8 comments:

n0n0i♥a'n'l said...

Sungkai jak.. senang! hahaha..

mimishamimi said...

akan datang saya nak guna perkataan sungkai la senang kan kak. hehe

samsulphate said...

bagi pendapat aku.. first aku dengar org guna perkataan arab2 nie pun kekadang aku fikir bajet la orang nie kan.. nak tunjuk islamik la pula..

tapi bila difikir2kan semula.. dulu.. sblm kita kenal bi sepenuhnya.. kita fikir benda yang sama juga pada sesorg.. apabila menggunakan bhasa english dlm percakap dia.. bajet mat saleh la tue.. dan skrg kita guna bahasa tersebut sbgai bhasa kedua yg sagt penting..

insyallah.. dan mungkin suatu hari nanti juga.. dengan penggunaan bahasa arab yg kekdg orang gunakan dlm pertuturan biasa akan membawa rakyat malaysia menalami bahasa arab sebagai bahsa ketiga yg penting pada negara.. tak salahkan memartabatkan bahasa al-quran.. =)

mimishamimi said...

aah. aku setuju. Tapi in a weird way aku tetap rasa poyo sikit. Bagi aku baik baca Al-Quran banyak kali dari sebut iftar, hijab dan sewaktu dengannya cuma pada bulan puasa. Macam takde point kot. Haha. Tapi aku tak banned pun sapa yang nak cakap camtu. After all, it is up to their preferences kan. Selamat puasa :)

Opie. said...

Ape salahnya guna perkataan arab ni? Lagipun bahasa Quran itu bahasa Arab kan. Nabi kita dari kalangan bangsa Arab, maka tak salah jika kita mengamalkan sunnahnye, pahala pun dapat.
Abang dulu belajar diploma Bahasa Arab. Abg bangga & bersyukur dapat belajar bahasa al-Quran ni. Secara tak langsung lebih memahami bacaan dlm solat n al-Quran.
Daripada sesetengah org yg sibuk belajar bahasa Korea tu dek kerana pengaruh budaya k-pop bagai.

mimishamimi said...

Takda salah pun bang. Saya pun rasanya takda pulak cakap salah weh guna perkataan arab. heh. Just macam saya cakap, saya rasa macam poyo sikit jelah. Sebab kita guna bahasa melayu kan, bila orang cakap arabic ni saya rasa macam eh eh. Itu je. Memang rare course yang abg ambik ni. Congrats sebab abang berani :)Sebab dulu saya time sekolah agama, berpinau gak mata nak hafal perkataan arab. Hihihi.

Anyway, macam saya cakap, itu hak masing2 pun sebenarnya. Selamat puasa abang :)

Min'z said...

knp ukhti rase mereke yg gune perkataan2 arabic tu "poyo"..mcm mane pulak pndangan mereke yg gemar menggunekan prkataan2 arabic trhadap ukhti yg gune perkataan2 "Like, what the??", "over", "Anyway", "So typical" dn sbgnye..adekah itu un dikire "poyo" atau mcm mane ye..? bgi ana, kite spatutnye lbih suke dgn perkataan2 arabic kerne bahase atau perkataan2 arab itu yg dtutur oleh junjungan besar kite Nabi Muhammad S.A.W..Al-Quran juge diturunkan oleh Allah dlm bahase arab..ana juge xlah tinggi i'lmu tntg bahase arab..tpi xperlulah kite merasekan bahase arab nie bahase yg "poyo je" ye..dlm kubur dan di akhirat nnt bahase Al-Quran juge yg kite akn gunekan..dan sdikit perkongsian tmbahan..hijab bukanlah bermaksud pakai tudung smate-mate..tpi sluruh anggote bdan kcuali muke dan tapak tngan wajib dihijab dgn sempurne oleh para muslimah..ok..slamat berfikir dan memahami bahase arab..maafkan ana kalo bahase ana ade mnyinggung perasaan ukhti..tpi niat ana cume nk berkongsi...wallahua'lam.. :)

ukhti = saudari

mimishamimi said...

salam.

haha terima kasih komen. maaflah if pendapat saya tak berkenan dengan awak. heh. different people different opinion. Saya tak rasa bahasa arab poyo. Saya cuma rasa orang yang cakap simple arabic words especially on bulan puasa je yang agak poyo. If you really want to speak arabic, why wait until ramadan only? kan? itu je. ini pendapat saya dan bukan ditujukan untuk awak especially. random. hehe. apapun thanks untuk komen. takde menyinggung pun sebab i respect your komen :)

wassalam:)