Friday, January 27, 2012

Kahwin #1 : Isu berat

Aku sekarang tengah pening pikir satu isu berat. Kejap kejap aku pikir macam ni bagus, kejap kejap aku pikir eh eh macam tu pulak ok. So aku sangat la konpius sekarang. Cerita nya ini macam. Aku ni dah ada plan nak mendirikan masjid. Eh eh kaya nya sampai ada duit nak buat masjid. Bukan lah, aku just ada planning nak kahwin. Yelah, umur dah meningkat. Sementara muda ni ada peluang kahwin lah. Nanti InsyaAllah ada anak cepat kalau ada rezeki la. Nanti aku dah tua ganyut anak pun dah boleh jaga aku. Jadi apa masalah aku kalau aku nak kahwin kan? Kahwin jelaa.

Tapi bakal laki aku pulak orang Sabah. Terang terang aku kena ikut laki nanti. Aku memang tak ada sebarang masalah pindah mana mana pun. Cuma masalahnya, kerja aku. Aku kena cari kerja kat sana dulu. Takkan aku selamba dek je nak pindah dan tak bekerja? Sian laki aku kena tanggung aku. Aku pun nak kena bagi duit kat mak bapak aku jugak. Tu yang aku pening tu. Company aku memang ada branch kat KK, tapi laki aku bukan orang KK. Untuk dia pindah KK macam susah sikit lah. Macam sama susah kalau aku tinggal Tawau jugak. Inilah situasi yang dinamakan ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah yang aku sangat pening 2,3 minggu ni.


*Google Image*

Sekarang aku pening. Memang boleh aku cari kerja Tawau tapi aku sayang jugak dengan kerja aku sekarang. Lagi satu, aku nak kahwin sebab aku nak bersama dengan si dia. ecewahh. Takkan la aku dah kahwin pastu nak hubungan jarak jauh macam sekarang. Masak beb. Dah nak masuk 5 tahun aku LDR dengan dia. Lemau aku. Tak sanggup nyah.

Haih. apasal lah Sabah kena berpisah dengan semenanjung Malaysia? Kan bagus if Sabah tu kat Perak ke, belakang rumah aku ke. Kan hilang separuh masalah hidup aku. Lenkali kalau nak buat negara tu pikir benda benda macam ni. Jangan menyusahkan rakyat jelata. Kot kau bagi gaji tinggi takpelah jugak boleh ulang alik naik flight. Arghh tensen makcik.

Oklah. Aku kena sambung pikirin ni. Chow sin chi.

Sunday, January 8, 2012

Dua tiga hari ni aku memang tak cukup tidur..

Dua tiga hari ni aku memang tak cukup tidur.. Badan aku terasa lemau je. Tapi sebab musabab aku lambat tidur pun memang tak layak kalau aku nak mintak simpati. Bukannya aku ada membanting tulang menguruskan perniagaan keluarga ke apa.

Dua tiga hari ni aku memang tak cukup tidur.. Puncanya? Aku tengok satu rancangan TV Korea. Yang aku copy dari kawan aku. Aku malu jugak nak mengaku yang aku tengok cerita ni. Sebab hari tu aku bukan main kutuk adik aku. Itulah orang kata, balasan serta merta. Tapi aku bernasib baik masih tak minat Kpop. Walaupun, ada dua tiga lagu Kpop asyik terngiang-ngiang dalam kepala aku. Tsk.

Cerita yang aku tak sengaja tersuka T T

Dua tiga hari ni aku memang tak cukup tidur.. Mak aku pula jenis hari Ahad tak boleh bangun lambat. Makanya, walaupun aku tidur pukul 3 pagi semalam, aku tetap kena bangun sebelum jam 830pagi tadi. Dan sekarang aku rasa macam susah nak tidur pula. Oh tidak!

Dua tiga hari ni aku memang tak cukup tidur.. ZZZzZzz