Monday, April 23, 2012

Kahwin #6: Baju nikah in the making.

Hari Sabtu lepas kerja, aku dengan adik aku pergi rumah kakak aku sebab nak pergi butik pengantin sana hantar kain. Cantik tak cantik kena tunggu siap la kan. Aku buat baju kurung moden je. Sebenarnya kain aku nak buat kosong je, tapi bila bebudak opis aku tengok kain tu, diorang kata "kosong sangat la mi, macam baju raya je bukan baju kahwin." Huuuhu. Sentap mak. Jadi aku request dekat tailor tu, suruh tambah kaki kain sikit. Pastu nak aku macam nak tambah manik2 sikit, tapi macam meriah makngah dan mahal ler pulok. Rugi je beli kain murah nak jimat, tapi jahit kemain mahal. Dah lah aku nikah & sanding satu hari je. Motip nak gaya sakan. Pakai kejap dah kene gelabah tukar baju. Hu hu.
 


Dah lah saiz baju nikah aku ala ala besar sebab aku sekarang tebal macam gambar di atas. Aku siap tanya tailor tu, mana lah tau aku sempat terkurus pulak before kahwin kan, boleh alter (?) tak baju aku ni? Dia kata boleh nokkk. *menambah*


Ini pulak macaroons yang aku beli untuk adik aku *gambo di bawah* ni sempena bday dia yang ke 21. Sebab dia biasanya suka benda manis2 ni. Aku memang tak gemor lah. Dah la mahal nak mampus, manis piang pulak tu. Huh memang bukan taste aku. 



 First time naik ERL. So KG to the max. Feeling2 candid.


Pastu, kakak aku belanja makan Chili's. Pastu yang tak tahan, kakak aku gi buat suprise untuk adik aku. Patutlah aku nak gi toilet pun dia tak bagi, Motippp. Tapi adik aku macam terharu la kunun kan. hahahah!. Malu pun ada jugak, nasib tak ramai orang. Aku siap pesan, "bday mi nanti takyah nak buat surprise tau. Aku maluuuu.." Konpiden tak aku ada orang nak surprise aku, padahal takde pun hahha. Cuma aku memang tak suka surprise2 ni, dan jadi center of attraction. Aku manusia biasa sangat hehhe.

Oklah, motip kan cita kawin termasuk cerita ko kan dik. Kelasss.

Saturday, April 7, 2012

Kesalahan bodoh aku dulu.

Bila aku tengok balik aku punya post dulu2, aku rasa nak tumbuk muka aku sendiri, dushh! Dengan ejaan tak cukup sifat walaupun better lah kan dari nyeww, apewww, cayunk.. Adakah patut aku mengeja aku sebagai ak, suka sebagai suke OMG.. Contoh: dari tajuk pun aku rasa nak lempang diri sendiri (-__-"). Maafkan aku, aku naif dahulu.

Yelah, budak baru nak up kan.. Dulu kalau mengeja tu tak pikir masa depan. Sekarang bila baca balik aku  pun malu sendiri. Aku tahu budak2 sekarang pun tak pikir panjang masa tulis ejaan cam hampeh kan? Dah lah kat facebook aku ada 2,3 budak yang still sekolah tapi jadi friend aku. Yang buat aku tak boleh blah bila diorang update status. 

1) Ejaan : tak cukup sifat.
2) Kekerapan update status : 20 kali sehari.
3) Tahap annoying aku terhadap budak2 ni : 3800%.

Aku nak unfriend, susah jugak. Sebab in a weird way, BBNU (budak2 baru nak up) ni ada mutual friend dengan aku. Kang sentap pulak leceh. Jadi aku pasrah jelah. Walaupun setiap kali aku baca darah tinggi aku naik. Hihu. Oklah. Just a no motive post updated. Bosan. Esok kerja, ada event. Bleghhh.

Bye!