Tuesday, June 5, 2012

Memanglah kau yang paling sempurna kan?

Ok lah kan. Fine. Aku tak dapat kurus macam apa yang aku harapkan. Aku insan lemah. Tak tahan godaan makanan macam kau kan. Kau hebat. Kau cantik. Kau kurus. Kau lawa sangat. Kau gagah. Kau hensem. Kau punya badan memang perfect kan. Ramai orang cemburu dengan kau. Kau memang paling cantik satu kawasan kan. Kau memang ada girlfriend cantik kan. Kurus macam model kan. Kau punya boyfriend pun badan sedap kan. Ok lah kau sempurna.

Tapi, tak payah lah komen orang yang tak secantik kau. Tak sehensem kau. Tak sesempurna fizikal kau. Tak sedap mata orang memandang kan. Tapi apalah sangat badan gemuk kan. Diet la kan. Bukan susah betul kan. Ala, tahan makan je. Takpun senaman. Bukan susah. Orang gemuk tu je banyak alasan kan. Entah pape kan diorang tu. Lagipun orang gemuk kan senang je orang lain nak kutuk. Bukan orang gemuk ada perasaan pun. Cakap je lah dia hodoh kan. Bukan dia ada perasaan sedih. Kan semua orang gemuk memang dia nak gemuk dari dulu. Memang dia yang pilih untuk jadi gemuk.

Apa? Kau boleh kurus takkan orang lain tak boleh?

Memanglah. Semua manusia dalam dunia ni kan sama. Kau boleh kurus, orang lain pun boleh kurus. Kau boleh jadi sempurna orang lain pun boleh. Kau boleh jadi kaya, orang lain pun boleh. Memang la nasib semua orang dalam dunia ni kan ke sama je. Lagipun semua perkara kan cuma ikut kau punya pendapat kan. Kalau bagi kau orang tu hodoh, hodoh lah dia. Kalau orang tu gemuk, memanglah kau kena cakap dia gemuk kan. Bagilah orang gemuk tu sedar diri sikit. Bukannya orang gemuk tu boleh tengok pun dia gemuk. Kan dia takde cermin. Kan semua orang gemuk rabun. Tak gitu?

Bullshit.