Tuesday, July 31, 2012

Kahwin #9: Urusan yang telah selesai setakat hari ini

Dalam tinggal lebih kurang sebulan lebih aku nak kahwin ni, aku dah setelkan banyak benda la.Disebabkan aku kahwin dengan orang jauh (bakal laki aku orang Sabah), makanya kebanyakan urusan perkahwinan aku disetel sendiri oleh aku dibantu oleh kakak & adik & mak bapak aku. Tak ketinggalan makcik bf aku. Bawah adalah antara major thing yang aku dah setel.

1: Borang Nikah

Benda paling leceh sekali aku rasa inilah. Aku kena tunggu bf aku setel dia punya borang kat sana, baru aku leh gerak kat sini.Depends la korang kahwin dengan orang mana kan. If satu kawasan senang la kot. Pengalaman paling tak best masa nak isi borang kahwin ialah masa nak ambil ujian HIV. Kalau korang dapat pegawai yang OK, best ah. Aku hari tu dapat pegawai yang ala2 teringin nak jadi lecturer, tapi tak dapat dan akhirnya beliau menjadi ala ala nurse. Tu yang poyo tu kot. Dah ambik darah aku, nak buat pop kuiz pulak dengan aku pasal HIV. Pastu aku tak dapat jawab, sibuk suruh aku keluar dan baca balik baru masuk. Like what the? Memanglah aku tahu HIV tu mende tapi motip pulak ko nak aku hafal kan? Sedangkan nombor telefon rumah aku pun aku tak ingat. Berbulu je aku. Korang boleh pergi mana mana klinik kesihatan kerajaan. Tapi bf aku lek je gi klinik pakcik dia. Maybe kena tengok la korang kawasan mana kan.

Pas tu korang google je jais punya website, tengok kebenaran kahwin perempuan. Daftar online dan isi je online. Pastu print terus. PASTIKAN korang tau sapa saksi korang. Sebab kena ada diorang punya detail untuk isi form tu. Melainkan krang rajin nak ambik form tu kat pejabat agama. Aku malaasss. Heh.

Pastu boleh gi jumpa pegawai pendaftar nikah kat tempat korang. Aku gi dengan bapak aku dan 2 saksi tu. Masa tu saspen pun ada. Takut dia soal aku hukum hakam kang. Bukan apa, paham paham lah kan. Dah lama tak recall. Ada banyak sikit cuak la..Anyway, sepatah haram pun imam tu tak tanya aku. Dia cakap2 sikit, suruh aku sign, bapak aku sign, pakcik saksi 2 orang sign. Oh ye, masa tu korang kena bawak IC, sijil nikah mak bapak, sijil kursus kahwin ori. Tapi aku rasa ni pun depends dengan yang korang jumpa gak. Pastu setel. Boleh gi pejabat agama daerah hantar. Orang lain boleh hantarkan form korang (ko and laki). Bayar M10. Tunggu 2/3 hari. Siap. Boleh orang lain amik jugak. Setel.

2: Kad kahwin

Sebenarnya, kad kahwin aku ni kira lambat la jugak siap. Bukan salah sesiapa. Aku yang lembab. HAHA. Bajet nak DIY la konon. Tapi diri ini tak berbakat. Last2 hantar kedai. Aku cetak dalam 400 pcs je,. Satu pcs dalam 78sen. Simple la tapi mahal gak sebab aku tempah sikit kot. Servis kedai tu ok la bagi aku. Dekat Pusat Komersial seksyen 7 belakang uitm. True Love kot if tak silap nama kedai dia. Boleh la try sana. Warna adalah hitam. Sebab itu je bagi aku smart. hehe. Mesti bos aku pengsan tengok kad aku warna hitam. Kan biasa Cina merah baru ong. hahahah. Lantak lah. I dont trust that bullshit.

Ginilah rupanya. Sorilah aku scan macam hampeh kan. hahaha. Senget lagi tu.

3. Dulang hantaran

Terima kasih kepada Makcik bf aku. Dia ada dulang yang cukup untuk hantaran aku. Nasib baik. Tak payah susah susah aku nak cari atau sewa. Hantaran pun aku buat sendiri je. Malas ah aku nak ye ye. Bukan nya memberi impak pun dalam perkahwinan aku. Ni pada pendapat aku la. Aku memang sempoi macam ni. Boleh kata semua barang dah ready. Just tinggal letak atas dulang pastu beli buah, coklat camtu jelah. hehe

4. Bilik pengantin

Yang ni awaaaaaall lagi aku dah cat. Tapi cat jelah. Hahaah. Yang lain hampeh. Bantal, bunga, pasu dan hiasan ada dah. Just tinggal kemas je. Tapi sekarang kan puasa. Aku malas lah pulak hahah.

Teaser bilik pengantin gua. Bajet deco deco deco lah hahahhahahahaahahah!

Itu jelah progress setakat ni. Yang major thing macam baju nikah, baju pengantin, katering tu pun kira setel lah. Cuma bila aku dah kahwin nanti baru aku review la best ke tak service diorang. Hehe.

p/s: 47 days to gooooo!

Friday, July 6, 2012

Kahwin #8: I think I found my honeymoon spot :p


I fell in love that instant when I see this spot. Hope I can step my feet on this place :)



Sunday, July 1, 2012

Kahwin #7: 76 DAYS

Lebih kurang lagi banyak ni lah hari aku nak jadik bini orang. Perasaan? Cepat cepatlah kahwin. Leceh siot persiapan nak kahwin untuk orang melayu ni. Banyak sangat benda remeh temeh yang terpaksa pikir dan pertimbang. Bab hantaran pun dah buat aku pening kepala. Dari impian aku ala kadar je, terus aku rasa macam over the top. Tapi takpelah. Rezeki nok. Tak baik pulak kalau tolak.

Checklist?







......


Nantilah update. 



P/S: Sebenarnya takde checklist :O 

BAI.