Thursday, September 27, 2012

#Kahwin 14: 16/09/12




Inilah gambar kahwin aku. Kiranya inilah gambar kahwin aku yang paling cun boleh blah sikit T.T

Tuesday, September 25, 2012

#Kahwin 13: Perspektif orang yang dah kahwin 1 minggu. (BHGN 1)

Alhamdulillah.

Sekarang aku dah jadi bini orang.
Dah ada orang yang sudi nak berkongsi hidup dengan aku.
Yang pilih aku untuk jadi ibu kepada zuriatnya kelak. Ehem.
Dah ada orang yang aku boleh mengadu.
Dah ada orang yang InsyaAllah cuba untuk hidup susah senang bersama. Amin.

Perspektif aku dari single mingle pastu ada bf sampai lah jadik bini ni sebenarnya tak banyak beza. Nak2 lepas kahwin ni aku dengan dia still jauh jauh. Dia kat Sabah, aku kat KL. Susah beb. Bercinta pun dah payah apa tah lagi dah kahwin. Tapi ikut aku punya pengalaman selama seminggu ni lah kan, hidup kahwin ni best. Walaupun mesti orang kata yelah kan sekarang tengah honeymoon period, gila ko tak best hahahahaha! Tapi, terus terang cakap ko punya point of view tentang hidup berpasangan ni dah jadi lain. Dulu aku layan bf aku takdelah baik sangat tapi takdelah sampai kurang asam sangat. Sekarang secara tiba2 kau dah letak laki kau tu kat satu tempat yang tinggi tanpa kau sedar. Kau cakap kasar sikit, ko takut dia kecik hati. Kau marah2 sikit (marah manjewww) kau takut dia terasa. Gila kau kalau laki terasa or kecik hati, DOSA tau. Bukan main2. Tahap kena hormat suami ni bukan macam time ko hormat bf ko dulu. Sampai aku ada pikir, mampu ke aku jadi bini yang baik untuk laki aku? Boleh ke aku hormat dia dan patuh kata2 dia (if tak menyimpang dari agama lah kan), sayang dia sepenuh hati (ewah), bahagiakan dia? Itu kita tak tahu. Haha.

Tapi aku dengan laki aku sama2 belajar lah kan. 
Dua2 muda. 
Dua2 first time kahwin. 
Dua2 masih nak cuba berdikari lagi. 
Dua2 masih bingung.
Dua2 masih nak adapt dengan perangai hansuang masing2 hehe.
Aku harap, dua2 tabah dan boleh survive.

Kita cuba sama2 sayang. I love you. Forever.

p/s: sapa nak tengok gambar kahwin aku-tudung berombak (-_-) nantikan kemunculannya di blog dan fb. Heh.

Friday, September 7, 2012

TQ COSMO :D

Just a quick update. I won. Again. Hehehe. A bb cream, sunblock, cleanser and blackhead remover. From ginvera. Better start trying to use it.

Nak kawin lagi 9 hari siot! Gasp!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 1, 2012

#Kahwin 12: Bilik pengantin dan baju sanding.

Tu yang aku lukis adalah plan aku dengan adik aku. Maafkan lukisan katil dan baju sanding aku begitu buruks. Hehe.

Tapi gitulah lebih kurang. Aku bagi pre preview bilik. Orait je kan. Sempoi. Memula aku dengan adik aku ala2 panik pasal bila dah pasang cadar suma, bilik tu sumpah kosong. Langsung takada ciri pengantin. Rupanya sebab masa kitorang pasang tu malam. Lampu kalimantang, korang taulah kan. Terang nak mampus. Jadi bila kitorang tengok paginya dengan cahaya pagi, voila! Deko, deko, deko! Heheh.

Baju sanding aku pulak, lebih kurang gitulah gayanya.. Cuma lawa sikitlah compare dengan lukisan gua. Hehe. Kaler grey. Memang simple gila tapi aku suka. Nanti gua dah pakai gua tunjuk, tapi tak tahulah if aku pakai jadi err heh.

15 days to go! Aminn.
Published with Blogger-droid v1.7.4