Thursday, October 18, 2012

Kahwin #16: Review catering; SRI PAYUNG


Oklah. Aku kahwin pun dah sebulan. Makanan masa kenduri tu pun dah selamat disemadikan. Hehehe. So kali ni aku nak cerita sikit pasal katering yang menjadi pilihan mak bapak aku. Mula2 aku macam eh eh2 main setuju and bayar deposit je bapak aku ni. Dah lah pakej yang dia bagi termasuk, pelamin, baju semua. Takkan main setuju je. Kang buruk kang acaner. Dahlah anaknya memang tak berapa nak rupawan. Masa tu aku memang pasrah. Yelah, bapak punya duit kan. Takkan aku nak demand. Tapi pakej dia memang berbaloi. Kira kitorang just deal dengan satu orang je. Semua termasuk. Tak payah pening2 aku nak cari itu ini. Aku kan bekas pengantin malas (-_-")

                       

OK, untuk aku punya majlis, kitorang guna pakej dari SRI PAYUNG macam kat bawah ni :

Inilah pakej yang kitorang amik. Memang berbaloi2. Kan semua termasuk kan? Aku memang lepas je bapak aku agreed nak amik katering ni, terus takde buat persiapan apa. HAHA.

So, macam korang tengok, pakej ni siap ada pelamin, baju kahwin segala lah. Tapi bukan under Sri Payung lah. Dia join dengan butik lain. Err, itu nantilah aku cerita. So basically Sri Payung buat semua kecuali, pelamin dan baju kahwin. Even photographer tu pun under Sri Payung. Kat bawah ni gambar yang diorang amik. Alaa, bolehlah. Dia just bagi CD and satu album untuk aku. Orait je aku rasa. Yang tak orait pun bukan salah diorang. Salah sendiri sebab tak chantek sobs!



Ini meja pengantin. Sempoi macam pengantin. Heh. Aku memang pilih kaler biru. Soft kan biru dia, i likeee. Bunga tu fresh flower uolls hehe.


Alah, oklah gambar ni. Ko janganlah expect gambar ni ada edit2 bagai. Raw sudeyyy.


Makanan kat meja pengantin sedap jugak lah. Cuma masa tu aku tak menikmati makanan sangat. Standard lah kan, pengantin. hahahahahhahhahahahaaktui. Ayam dia ayam percik dari rasamas. ada udang bagai, standard lah kan. 


nah, aku bagi preview pelamin aku. kikikiki.


Korang nampak bunga kat pintu gerbang tu? Itupun fresh flower tau. Wangi gila. 


Kek ni pun termasuk dalam pakej. Aku tak kisah pun rupa bentuk kek ni. Aku dah email kakak ni cakap aku nak kek putih, bunga biru. SO inilah hasilnya. Gua ok, lu ok ke? 


Rasa kek span biasalah kan. Bagi aku kek ni orait je. Ala, nak gambor je pong.



Ok, macam nilah lauk pauk nya dihidangkan. Semua orang cakap sedaplah. Tapi masa first2 nak kompem pun, diorang ada bagi beberapa jenis lauk dalam bekas plastik untuk try. Dah lah sedap, tak kedekut pulak tu. Banyak ok diorang bagi. Takdelah sesudu je untuk rasa. Hehe.


Aku tak kenal pakcik ni. aku just nak tunjuk lauk je heheh. Sori pakcik :/


Ada buah, kek. Aku pun tak rasa. Tapi nampak cam sodap.


Ko tengok Sri Payung ni punya pelayan. Kemas dan berwawasan. Tetiba :/


Sebab kan dewan aku ni kecik, makanya bapak aku mintak tambah khemah kat luar. So ini buffet kat luar lah.


Air yang sedang kondensasi.


hamboi abang, tonggek.


Khemah luar dari kejauhan. Ewahhh.

Haaa, masjid belakang tu lah tempat aku nikah. Dekat jeww.



Ini pulak doorgift yang termasuk dalam pakej. Mufin. Aku dengar kata, rasa dia biasa saja. Heh.


Ini doorgift yang mak aku buat untuk VIP. Bahulu, ada telur, cawan kecik. Semua mak aku yang handle. Gua tak amik tahu :O


Meja VIP. Untuk famili belah sana.


So far, pada pendapat aku Sri Payung punya service Orait. Lauk sedap, if korang ada nak adjust sana sini dia boleh consider, senang nak berurusan. Recommended lah. Korang boleh tengok sini if nak tahu lokasi kedai,  kat Ampang je. Deposit standard RM500. Sebulan sebelum kahwin bayar 80%. Pastu 2,3 hari b4 kahwin bayar habis. Aku bagi 4.5/5 star. Saje tak nak bagi full mark. Hehehe.

Ok babai.

Wednesday, October 10, 2012

Random : Beauty is in the eye of the beholder.

Aku terbaca this post. Jadi aku nak korang baca jugak. Dari blog Perempuan Jomblo :

Macam mana aku nak ada self confident yang tinggi? Aku pergi sana-sini semua orang cakap benda yang sama. Orang yang tak kenal aku pun boleh cakap benda yang sama. Aku duduk buat kerja tak kacau orang pun, orang tiba-tiba komen. Lagi satu, kenapa nak masukkan aku dalam 'kategori perempuan gemuk, maka aku la yang paling cantik'? Kiranya kalau aku masuk kategori perempuan kurus, aku paling buruk la kan? Tak kisah la perempuan kurus tu muka diorang setakat ala kadar je. Tapi oleh kerana diorang kurus, pakai skinny jeans, harem pants, terus diorang jadi cantik. Ingat aku tak stress ke? Nak suruh aku kurus jugak supaya puas ke hati korang? Tolong la berhenti. Tak payah cakap apa apa lagi tentang muka dan fizikal aku. Senyap je sudah.

Umur aku dah nak masuk 30 dah orang asyik kutuk aku benda tu je. Kadang-kadang yang kutuk aku tu muka lansung tak lawa pun. Ya memang. Aku jarang nak cakap orang tak lawa. Tapi, memang, kau tak lawa, tapi oleh kerana kau kurus, kau kutuk aku. Dan aku tak boleh nak lawan, sebab satu; Aku tak suka nak kutuk muka orang tak lawa sebab badan aku sendiri pun gemuk. Vice versa. Buat apa nak kutuk. Nanti aku takut muka aku buruk macam kau. Kau tak takut ke gemuk macam aku nanti?

Tolong la berhenti. Aku tau aku tak perfect. Tapi aku taknak mati sebab stress, sial. Aku dah bosan dengar "takpe noe, jadikan semua tu sebagai pemangkin untuk kau kuruskan badan,". Klise nak mampos. Aku dah bosan nak berusaha. Tak ada apa yang nak dimangkinkan lagi."


Beauty is in the eye of the beholder. Pernah dengar? Kalau tak pernah aku tak tahu nak cakap apa. Kecantikan tu ikut bijik mata orang yang melihat. Ada yang kata kurus tu cantik. Ada yang kata gemuk tu cantik. Tapi zaman sekarang ni, semua gemuk tu automatik hodoh. Automatik buruk. Automatik tak sihat. Weh, mana kau tahu aku ni ada penyakit? Mana kau tahu yang semua orang kurus tu sihat? This is bullshit. I hate it. Takde orang yang aku boleh rely on regarding this matter. Semua (kebanyakan) orang, belum kenal aku dah judge aku sebab aku besar gadang. You should know how much it killing me to heard that over and over again. Aku dah sampai tahap tak tahu nak respon cane. Paling yang aku boleh buat diam je. Diam. Makan hati. Berperang dalam hati. Baru kau puas hati kot.

Friday, October 5, 2012

#Kahwin 15: Pre honeymoon, Thistle PD

Aku kahwin 16 September hari tu. Lebih kurang a week lepas kahwin iaitu hari Sabtu bersamaan 22/9/12, aku gi cuti kat Port Dickson. Ye nok, baru ada masa nak gi cuti. Pas kahwin kan ahli keluarga dah bertambah. So esoknya gi jumpa famili sana sini, hantar famili mertua gi airport dan memacam lagi lah. Sebenarnya kitorang punya hornymoon yang sebenar adalah tengah bulan 10 ni. Tapi aku nampak dekat sini ada promotion ini, maka hati tu gatai la nak gi. Sekalinya, sebabkan aku baru kahwin dan baru dapat pakcik & makcik baru yang baik hati hehehe, makanya aku dan laki aku telah disponsor dan diberi penginapan secara percuma di Thistle PD. Orang dah bagi, gila nak tolak. HAHA.

Lepas kerja hari Sabtu tu, terus kitorang rempit gi Thistle. Sebabnya laki aku ni bukan orang sini, dan aku pulak hampeh dengan ingatan terhadap jalan, maka aku pun tibai je guna google map. Heh, nasib sampai walaupun aku rasa kitorang ikut jalan jauh Heh. Singgah makan KFC dekat RNR Seremban jap, so lebih kurang kul 3pm lebih jugak lah baru sampai. Ngam2 lah nak check in kan. Sebabkan bilik kitorang ni disponsor, maka aku tak tahu lah berapa harganya semalam. Just kena bayar RM250 untuk deposit tapi akan dipulangkan esoknya bila korang check out. Aku dapat bilik Deluxe King with view. View aku adalah swimming pool. 


Bilik aku sebijik sejibun macam dalam gambar ni. Ini aku curik dari website rasmi hotel ni. Sebab aku punya memory card handphone gi bantai rosak pulak. Maka hilanglah gambar bilik kitorang ni :/ Penat aku feeling2 artistik masa tangkap gambar. Huhu. Katil dia best gila nak mampus. Tilam best, besar gadang pulak tu. Aku rasa 4 orang tido pun orait je. Tapi standard lah kan, dah lah baru kahwin, motip ko nak tido jauh2 kan, eh? Dia punya daybed pun muatlah if sorang nak tido. Haha.

So dah check in, petang tu terus gi terjun laut. Weehoooo! Pantai PD standard la kan? Jangan la ko expect ko dekat Maldives pulak. Syukur jela. Kalau tak nak mandi PD, ko duduk lah dalam swimming pool dia. Besau. Tapi aku tak mandi pun kolam. Yakin je aku nak bikini pulak kan. Motip. Mandi laut lagi best. Ombak pun ala2 ombak rindu, manjeww gitewww. Heh. Mandi sampai dah nak maghrib jugak la baru reti nak naik laki bini ni. Heh.

Malam tu kitorang dinner kat area Teluk Kemang je. Mula2 nak makan kat satu kedai seafood ni, ramai gilaaaa orang. Nampak sedap pulak tu. Tapi tulah, ramai orang. Aku pulak memang allergik if kena tunggu2 lama2 ni. So, kitorang blah cari kedai lain. Pastu singgah makan dekat kedai area foodcourt Teluk Kemang tu. Seberang jalan. OK jugak lah dia punya makanan. Ikan siakap 3 rasa dia terbaikkk, tapi pedas. Lupa pulak aku yang laki aku tak makan pedas. Sebagai bini yang mithali, aku tolonglah kopekkan isi ikan yang mana tak kena kuah banyak sangat. Heh. Comei laki gua ni. Pas makan, balik hotel lah nak buat gapo lagi.

Pagi esok pegilah breakfast kat hotel tu. Free buffet breakfast. Bagi aku biasa je. Macam ok lah banyak jenis, tapi biasa2 jelah. Pastu terjun laut lagi, tapi aku tak tahulah, masa tu badan gatal gila kena air laut. Laki bini OK? So kitorang naik atas, mandi, lepak, siap2 nak check out. Pastu balik umah lah apa lagi. ZZZ.

Kesimpulannya, aku rasa worth it la stay kat Thistle ni. Service OK, cuma kawasan reception dia panas sikit. Maklumlah, tepi laut kan. Pastu konsep diorang macam open air pulak tu. Tapi overall OK 4/5 star lah. Babai.

P/s: Oh yeee, update pasal persiapan kahwin kan? ZZZZ