Thursday, October 18, 2012

Kahwin #16: Review catering; SRI PAYUNG


Oklah. Aku kahwin pun dah sebulan. Makanan masa kenduri tu pun dah selamat disemadikan. Hehehe. So kali ni aku nak cerita sikit pasal katering yang menjadi pilihan mak bapak aku. Mula2 aku macam eh eh2 main setuju and bayar deposit je bapak aku ni. Dah lah pakej yang dia bagi termasuk, pelamin, baju semua. Takkan main setuju je. Kang buruk kang acaner. Dahlah anaknya memang tak berapa nak rupawan. Masa tu aku memang pasrah. Yelah, bapak punya duit kan. Takkan aku nak demand. Tapi pakej dia memang berbaloi. Kira kitorang just deal dengan satu orang je. Semua termasuk. Tak payah pening2 aku nak cari itu ini. Aku kan bekas pengantin malas (-_-")

                       

OK, untuk aku punya majlis, kitorang guna pakej dari SRI PAYUNG macam kat bawah ni :

Inilah pakej yang kitorang amik. Memang berbaloi2. Kan semua termasuk kan? Aku memang lepas je bapak aku agreed nak amik katering ni, terus takde buat persiapan apa. HAHA.

So, macam korang tengok, pakej ni siap ada pelamin, baju kahwin segala lah. Tapi bukan under Sri Payung lah. Dia join dengan butik lain. Err, itu nantilah aku cerita. So basically Sri Payung buat semua kecuali, pelamin dan baju kahwin. Even photographer tu pun under Sri Payung. Kat bawah ni gambar yang diorang amik. Alaa, bolehlah. Dia just bagi CD and satu album untuk aku. Orait je aku rasa. Yang tak orait pun bukan salah diorang. Salah sendiri sebab tak chantek sobs!



Ini meja pengantin. Sempoi macam pengantin. Heh. Aku memang pilih kaler biru. Soft kan biru dia, i likeee. Bunga tu fresh flower uolls hehe.


Alah, oklah gambar ni. Ko janganlah expect gambar ni ada edit2 bagai. Raw sudeyyy.


Makanan kat meja pengantin sedap jugak lah. Cuma masa tu aku tak menikmati makanan sangat. Standard lah kan, pengantin. hahahahahhahhahahahaaktui. Ayam dia ayam percik dari rasamas. ada udang bagai, standard lah kan. 


nah, aku bagi preview pelamin aku. kikikiki.


Korang nampak bunga kat pintu gerbang tu? Itupun fresh flower tau. Wangi gila. 


Kek ni pun termasuk dalam pakej. Aku tak kisah pun rupa bentuk kek ni. Aku dah email kakak ni cakap aku nak kek putih, bunga biru. SO inilah hasilnya. Gua ok, lu ok ke? 


Rasa kek span biasalah kan. Bagi aku kek ni orait je. Ala, nak gambor je pong.



Ok, macam nilah lauk pauk nya dihidangkan. Semua orang cakap sedaplah. Tapi masa first2 nak kompem pun, diorang ada bagi beberapa jenis lauk dalam bekas plastik untuk try. Dah lah sedap, tak kedekut pulak tu. Banyak ok diorang bagi. Takdelah sesudu je untuk rasa. Hehe.


Aku tak kenal pakcik ni. aku just nak tunjuk lauk je heheh. Sori pakcik :/


Ada buah, kek. Aku pun tak rasa. Tapi nampak cam sodap.


Ko tengok Sri Payung ni punya pelayan. Kemas dan berwawasan. Tetiba :/


Sebab kan dewan aku ni kecik, makanya bapak aku mintak tambah khemah kat luar. So ini buffet kat luar lah.


Air yang sedang kondensasi.


hamboi abang, tonggek.


Khemah luar dari kejauhan. Ewahhh.

Haaa, masjid belakang tu lah tempat aku nikah. Dekat jeww.



Ini pulak doorgift yang termasuk dalam pakej. Mufin. Aku dengar kata, rasa dia biasa saja. Heh.


Ini doorgift yang mak aku buat untuk VIP. Bahulu, ada telur, cawan kecik. Semua mak aku yang handle. Gua tak amik tahu :O


Meja VIP. Untuk famili belah sana.


So far, pada pendapat aku Sri Payung punya service Orait. Lauk sedap, if korang ada nak adjust sana sini dia boleh consider, senang nak berurusan. Recommended lah. Korang boleh tengok sini if nak tahu lokasi kedai,  kat Ampang je. Deposit standard RM500. Sebulan sebelum kahwin bayar 80%. Pastu 2,3 hari b4 kahwin bayar habis. Aku bagi 4.5/5 star. Saje tak nak bagi full mark. Hehehe.

Ok babai.

No comments: