Wednesday, November 7, 2012

Kahwin #17: DIY Bilik Pengantin & Hantaran


Well, for the sake of my memory, I will update this blog heh. Nanti mesti anak aku tengok, woww mak aku ni sempoi gila. Aku pun nak sempoi2 lah. Selamat duit mak ko ni, nak. hahahahah! Nak, mak letak gambar je lah ye. Mak ko ni malas.
 
 
1) Bilik Pengantin 
 
Biasalah. Mana ada orang yang nak kahwin bilik dia bersih dan kemas before kahwin. Mesti tunggang langgang punya. Ada pengantin tu, sampai hari kahwin bilik yang hado. Hehe. Kata hantaran kitorang buat sendiri kan, haruslah bersepah macam tongkang pecah. Haha.
 
 


Haa. Ni pun masa 80% siap kot. Hantaran tu banyak lagi belum ready. Coklat belum beli, buah belum beli, bunga belum lekat pendek kata semua lah tak siap. Aku biasalah buat last minit kan. Haha.


Cermin ni actually lamaa dah masa kakak aku kahwin 2 tahun lepas. Bilik ni pun memang bilik time dia kahwin dulu. Biasalah bilik ni je yang semenggah. Time adik aku dua orang kahwin nanti nilah jugak bilik nya. Heehe. Tapi dulu kakak aku guna semua putih. Suci lewww. Aku ni bajet2 eric leong, aku tibai la letak kaler hijau/biru. Feature wall uolls. Hehehe


 
Ni lah lebih kurang bilik aku hari tu. Tapi takdelah dulang hantran atas bedside table tu. Bunga atas kepala katil tu aku rasa pun takde. Kakak aku yang letak tu huh. Bunga merah tu bunga tangan aku. Dalam paper bag tu ehem, cincin kahwin aku. Actually time aku kahwin, adik beradik aku ada letak petals bunga mawar atas katil tu bentuk love2. Heeee macam hotel lah konon. Tapi gambar kat hp aku semua hilang. Bodo. Tunggu gambar official photographer lah ye. Amacam, sempoi kan. Kusyen coklat tu, satu beli,  satu mak aku buat. Cadar recycle time kakak aku kahwin. (Well aku tak kisah pun sebab aku tahu kakak aku pun tak tido kat cadar ni, panas bak hang). Bantal Hijau mak aku buat. Kain hijau pun mak aku buat. Wahhh, baru aku tahu mak aku talented. Hehe.


2) Hantaransss untuk lelaki

Basically hantaran untuk lelaki ada 7 berbalas 5.

Barang-barang itu ialah : Sirih junjung, perfume, walet & tali pinggang, sejadah, buah buahan, coklat dan juga cupcake.


Ni hantaran aku bagi laki aku. Sean John punya perfume. I am King. (kalau tak silap aku lah). Sebenarnya kertas dia dah koyak, pastu terpaksa kitorang balut balik. Tu yang ala comot tu. What ever lah kan. Heh.
 
Ni hasilnya.. Ok ape.. Kan? Kan...


Macam aku cakap dalam entry aku before this, dulang ni dari makcik bf laki aku. So, Memang senang banyak ok. Tak payah leceh2 cari atau sewa dulang. Hehe.
 
 

NI hantaran buah untuk bagi laki jugak. Orait tak?


Aku nampak dalam majalah mana ntah ada guna balang camni. So aku pun tiru lah. Senang. Yelah biasa hantaran buah orang letak dalam bakul, tak pun lekat-lekat. Bukan apa, buah ni berat. Leceh. Jatuh2 kang, apalah. Letak terus dalam balang, haa senang cerita. Tapi semua orang macam eh eh biar betul ko ni mi. Ko nak guna ni. Yang aku bengkek, majalah mana aku tengok ada benda macam ni untuk aku tunjuk kat diorang pun aku dah lupa. Hew hew.




 
Coklat sebenar2nya kau nak bagi kitkat. Kan sekarang ada jual yang macam single punya tu. Naik sikit kaler merah kan. Tapi mahal siot. Malas aku. Hehhe. Last2 aku letak kisses dengan snickers mini. Yang coklat depan gambar just married tu sebenarnya candy mint kot. Adik aku nampak kat kedai coklat KLCC tu, aku tengok pun eh eh comeinya. Belilah boleh letak kat hantaran. RM10 hokayyyy? Ralat mak.
 

NI pun buruk kertas sebab kitorang balut sendiri. Hehe. Tali pinggang Pierre Cardin, wallet CK. Tali pinggang aku beli, walet makcik kujai sponsor. Hehe.
 

Sejadah untuk laki aku. Aku beli kat Bandung. Sekali tasbih tu. Hehe. Kan hantaran aku ni gelap sangat kaler dia, so, atas nasihat beberapa orang, aku gi lah beli bunga2 putih tu. So kakak aku pegilah adjust2 supaya ada seri la kononnya.
 
 
Ni pulak hasil kreativiti kakak dan abang ipar aku. Nak buat sirih junjung sendiri. Aku tengok orait je. Hehe. Yang belah perempuan punya tak de pulak gambar. Takpe, nanti aku dapat gambar official, aku upload hahaha.
 
*Ralat : gambar cupcake tarak.
 
 
3) Hantarans untuk perempuan
 
Untuk belah perempuan pulak hantaran ada 5.
 
Barang barangnya : Sirih junjung, handbag & kasut, make up set, telekung dan kek.
Additional: tempat cincin dan mas kahwin.
 
 
Handbag ni makcik kujai sponsored (terima kasih) dan kasut ni aku beli kat Parkson. Hehe. Sebenarnya kakak aku yang minat dengan kasut ni. Tapi bila aku pakai cantik pula. Sempoi pulak tu. Sori long. heheh. Anyway, the bride always win. heeeee
 
 
 
Ni make up set untuk aku heheh. Aku lupa brand apa. Aku just tambah satu perfume dalam set ni. Tapi auntie yang promoter ni baik gila. Banyak benda free dia bagi. Tapi bila dah bukak lipstik dia, macam tak ngam dengan aku. Aku tak minat sangat. So, aku bagi mak aku. Hehehe. Lipstik jelah, yang merah tu.


Kek kahwin aku tempah kat kawan sekerja aku. Rupanya mak dia memang ada buat cupcake & kek for wedding. Aku jenis maleh, aku book je. Tapi member aku ni ada bagi try la. Sedap. Gebu and moist. Member aku ni takdelah blog apa bagai. So, if nak roger la ngan aku. Heh.



Telekung aku beli kat bandung. Aku suka telekung ni. Lembut kain dia. Hehe. Aku buat style paling sempoi, lipat dan letak reben. Heh.
 

 
Ralat: Gambar sirih junjung and tempat cincin aku takde.
 
 
4) Kesimpulan hantaranss
 
 
 Abaikan kain pelekat tepi tu. Hantaran ni aku letak bawah je atas karpet.
 
 
OK siap. Nak gamabr yang cantik sikit, tunggu lah ye. Penat siot update bebanyak ni. Pada pendapat aku, if boleh buat sendiri, buat sendiri je. Save cost gila. Hantaran if sewa tak silap aku RM40-50 gak satu dulang. Lagi mahal pun ada. Kalau bajet besar alright lah. Aku pun tempah je. Malas aku buat. Tapi sebab kan kita bajet, terpaksa gotong royong buat sesama. Macam bilik pengantin. Tak payah nak tempah orang buat. Sekarang pun pelaminuntuk nikah pun orang dah buat gempak. Mana ada nak gambor2 dalam bilik pengantin sangat. Tapi itu ikut hak masing2 lah kan. Aku sesimple simple umat. Jadi aku tak kisah. OK.
 
BYE!

2 comments:

Didie said...

Best la mcm ni..sempoi je..xpyah pening kepala serabut-serabut sngt kn..:)

mimishamimi said...

depends dengan orang la. certain orang memang nak dream wedding so bajet kena besarlah biasanya. hahah. saya jenis rilek pikir pas kahwin je. so mana2 yg boleh cut cost, kita cut hehehe :)