Tuesday, December 18, 2012

Kahwin #18 : Review Baju Pengantin & pelamin; Satri's Anggun

Refer to my previous entry.

SO butik yang terlibat dengan pakej dari Sri Payung ni ialah Satri's Anggun. Butik ni in charge aku punya pelamin & baju kahwin. Actually mekap termasuk sekali dalam pakej tu. Cuma aku yang tak ambik dengan diorang. So aku takleh nak cakap pasal make up la kan. Hehe.

1) Pelamin.

Aku pilih tema kaler biru. Sebab laki aku suka kaler biru. Aku suka kaler hitam. Hahaha. So aku ni memang jenis yang sempoi. So pelamin ke apa aku tak kisah sangat. Simple je lah. Bagi aku ok je. Bagi korang aku tak tahu lah. Banyaklah design pelamin dia kat butik. Cantik2. If korang minat yang gempak atau 18 panel boleh kawtim la, tapi top up la of kos. Hehe.


 Bunga telur dua pasu tu mak aku yang beli. Yang bunga2 lain tu bunga segar hokayy. Sumpah wangi. Itu yang aku suka. Sebab, memang dalam pakej bunga segar, and then banyak pulak tu. Tak kedekut. Berpasu2 lah jugak. Kat tepi2 karpet merah pun bunga segar jugak.


 Yang tengah tu tempat untuk tepung tawar. Actually, kitorang takde pun tepung tawar tu. Tapi butik tu saje letak bagi nampak cantik. Comel gak aku tengok.


 Close up tempat merenjis.


Ahhh suka sangat dengan bunga ni. Kaler dia cantik. Aku ni tak pernah2 la suka bunga2 ni uolls. Maklumlah ganas bak hang. Tapi memang aku jatuh cinta dengan bunga ni.


 Cute.


2) Baju pengantin

Sebab bekas pengantin korang ni saiz ala2 peti ais, maka process nak pilih baju tu agak mencabarlah kan. Hew hew. Banyak baju cantik kat Satri's ni. Korang leh cek dekat facebook diorang. Banyak design yang moden lah bagi aku. If korang jenis yang suka sleek design, yang tak terlalu crowded, tak terlalu berlabuci, kaler yang pastel aku rasa memang rambang gak mata korang nak pilih. Bagi yang saiz peti ais macam aku, jangan kuatir.. Ada jugak untuk saiz besar. Yang saiz kecik, tak payah banyak cakap. Pergi je tengok kat butik sana. Leh try terus. Hehe.

 Sebelum aku tunjuk baju pengantin yang aku pakai and sebelum korang rasa baju tu buruk sebab aku pakai (sobs!), aku akan tunjuk kat korang baju sebenarnya. Jeng jeng jeng....

....





....







 
Haa, inilah baju dia. Cantik kan? Aku suka sangat kain dia tu. Chiffon. So sangat soft. If korang kahwin outdoor, jaga2 lah sikit. Kang koyak tolak deposit. By the way, even korang amik sekali dengan pakej kat Sri Payung, korang still kena bayar deposit RM500. Yelah kang terkoyak, diorang jugak yang rugi. Tapi if korang pulangkan dalam keadaan baik, deposit RM500 akan di pulangkan semula. Dont worry.



Tapi bila kau pakai ofkos la jadi kureng sikit. Hehe. So if rasa nak lawa, kuruskan lah badan hangpa. Diorang akan bagi semua termasuk kasut untuk perempuan, dan untuk lelaki, semua disediakan  kecuali kasut. Tapi agak2 lah saiz kaki korang. If saiz kaki perempuan biasa, silalah nikmati fasilitas kasut yang diberi. If kaki besar gajah, paham2 lah ye.



 Standard la. Tu payung yang disediakan. Walaupun tak panas, sebab dah ada payung disediakan, bukak jugak lahh. Adalah bukak dalam 5 saat je.. Hehe.



Ingin aku ingatkan di sini, bahawa make up bukanlah dari butik ini. So aku tak dapat nak komen, ok atau tak make up dia. Ini make up aku amik dari kawan aku. If korang suka, leh contact dia. Rege korang bincanglah dengan dia ye heheh. Oh ye, bunga tepi2 tu pun fresh flower ye.



Close up dagu bunga tangan.


Kesimpulan.

Ok. Selesai. Kesimpulannya aku rasa, butik ni service OK. Staff yang kerja sana pun Ok, tak berlagak ke apa. Korang boleh discuss dengan dia macam mana korang suka lah. If diorang leh tolong, diorang akan adjust bagi ko. Butik Satris's ni terletak dekat dengan Ampang Point. Satu row dengan Pizza Hut. Dia tingakt dua. Boleh call diorang untuk keterangan lanjut. Nak no phone? Tengoklah fb diorang yang aku dah link kat atas ye. Jangan malas sangat.. Nak kahwin kan? HEHEHE.

Bye!

p/s: akan datang; review baju nikah..................................... (tak tahu bila).

No comments: