Saturday, May 11, 2013

Summary 2013 (Jan - May)

Fuhh.

Lama tak mengadap blog aku yang tak seberapa ni. Nak kat busy bebenor tu tak lah jugak. Malas je kot hehe. Banyak benda jadi dalam tempoh 5 bulan pertama tahun 2013 ni.

Antara benda yang besar jadi kat aku ialah:

1) Saiz badan. Err..

2) Percutian laki bini ke Langkawi. Ni percutian paling gamble pernah aku gi. Sampai sana baru nak carik hotel segala. Haha. Tak sangka aku chalet cabok pun dekat RM200 gak harganya semalam. Tapi tepi laut lah heheh. And hotel bajet AZIO HOTEL kat tengah2 pekan kuah mantap gila . For RM98, the room is veryyyy nice.

3) Aku AKAN pindah ke Tawau ikut laki aku tengah tahun ni. Plan asal berhenti kerja and start from zero dari sana. Tapi Allah tu kan Maha Penyayang. Dia sediakan jalan untuk kami. Alhmadullillah.

*On a side note: kadang2 aku ni malu sendiri. Suruh buat perintah tuhan malas macam gampang. Tapi Allah tak malas pulak tolong umat dia.. Hmm...*

4) Oh ye, hari tu laki aku surprise hantar jambangan bunga ros ke opis. Gila kencang laki aku buat surprise bila aku langsung tak bersedia. Hehe. Berbunga-bunga hati aku macam bunga yang dia bagi haha.

Ok tu je. I should update about my honeymoon in Bali and pasal wedding aku kat sana. Saje je nak tunjuk private pool villa aku (time tu) hew hew hew. Tapi tak tahu bila.

Bye!