Saturday, July 5, 2014

Honeymoon : Bali 2012

Lagi 2 bulan nak annivesary kahwin 2 tahun baru i nak update gambar honeymoon dekat bali itu hari. Kah Kah. SAKAJAP!

Standard orang Malaysia ni, dah kahwin tempat honeymoon paling senang is Bali. Dekat, murah dan boleh kata a must go la. So tak silap aku after 1 bulan kahwin, aku dengan laki aku menaiki Airasia ke Bali. Return tiket for 2 is RM400 ++. Murah kan? Sebab aku gila cek Airasia for affordable tiket coz u know I masyarakat biasa yang mahu merasa kehidupan mewah tanpa bayaran yang mahal hew hew. Semua urusan dari tiket ke hotel ke tour aku yang handle pasal aku pernah pergi dan aku takut if laki aku handle nanti aku tak suka, pasal aku memang demand nak hotel gempak. Heh. Marilah ikuti perjalanan aku ke Bali dengan secoet information yang dah basi dan mungkin membantu ingatan aku dan suami bila kami tua nanti.

Okay, Aku pergi 4 Hari 3 malam. 2 hari di area Kuta dan 2 hari dia area Kerobokan. Flight sampai pun tengah malam, so aku just amik 1 hari private tour with driver, dan 2 hari lagi aku bersantai dengan laki aku feeling2 kaya. Aku amik tour dengan Victory Tour Bali dengan harga 50000 (dari airport ke hotel area kuta - midnight) dan 350000 (1 hari tour ke 5 tempat). Kalau duit malaysia lebih kurang RM 100 la. Very affordable. And driver dia best, very informative pastu dia boleh adjust ikut kita punya preferences la. Pastu driver dia just hantar, and dia akan tunggu sampai kita puas berjalan. 1 hari tour tu dari pukul 9am macam tu smpai 9-10malam okay. Very punctual. ko just berurusan dengan email, dan bayar lepas ko dah habis pakai service diorang. Mantap kan. 

Okay beberapa gambar bawah ni adalah hotel yang aku duduk kat Kuta. Hotel ni quite Ok lah. Aku rasa hotel ni baru kot. Jadi bilik sangat bersih dan ada swimming pool, dan untuk 2 malam harga ialah RM300+. Tapi yang tak bestnya, hotel ni kalau tak silap aku takde breakfast kot, aku lupa. Dan kawasan dia bukan walking distance la if ko nak jalan2 dalam Kuta. Aku silap, aku ingat boleh jalan menyelusuri Kuta malam2, haha. 


Yang penting toilet ada paip. 





Aku suka hotel yang ada toiletries macam ni.




Pagi2, driver weolls dah tunggu kat depan hotel. Kitorang lambat sikit turun biasalah semalam flight sampai tengah malam, pastu dok layan inception pulak kat hotel. Confirm la lambat bangun. Hihu.

Pagi2 first2 pergi Nusa Dua dulu. Kalau tak kerana leceh nak tukar baju dan panas, dah lama aku mandi laut. Naik bot pergi tengok haiwan. Agak pricey bagi aku, (tak ingat sangat) , tapi sebab laki aku cakap bukan selalu kita pergi, jadi moh lah kita naik bot. Tak lama, dalam 15min kot. Dalam bot tu kongsi dengan satu famili Indonesia. Anak dia satu je, tapi huha huha dalam bot. Jatuh kang baru ko tau. Ada berhenti kejap lah tengah2 tu bagi ikan makan roti.





Ini je gambar aku pegang binatang pasal aku geli dan takut. Terutama kelawar. Dah lah muka garang nak mampus. Lain semua pegang laki heh.

 Okey lah untuk experience. Sekali cukuplah. Not worth it nak pergi banyak2 kali. Kitorang kat sini sampai setengah hari jugaklah. Heh.



Ini dekat GWK. I honestly dont remember apa nama panjang tempat ni and aku malas nak google. Ni ada bayaran masuk, not very expensive la. Tempat ni masih belum siap sepenuhnya. Dalam dia just ada batu2 ukiran besar gabak yang aku pun tak ingat dia punya history apa jadah. Boleh lah pergi if nak gambar2. Tempat dia besar, but mind you, is freaking HOT! Aku jadi cranky masa tour ni sebab panas nak mampus. Haha.



Bukti satu batu ni besar gila.

Bukti dua batu ni besar gila.





Ini je gambo berdua kat tempat ni hehe. tak tahu sekarang tempat ni dah siap ke belum.







Tarian ni pun ada dekat GWK. Agak bosan bag kitorang. Tengok 5 minit cukup lah. Hehe.





GWK ni kitorang pergi dalam pukul 1pm macam tu. So panas dia membunuh jugak lah.




Ini kat Uluwatu. Kitorang pergi petang2 lepas GWK before Dreamland Beach & Jimbaran. PANAS. Hilang mood aku nak jalan. Tapi memang cantik lah laut dia. Tapi tulah. panas. dan banyak monyet. Aku takut monyet. Bayaran masuk pun tak mahal sangat. Sebab laki aku orang sabah, masa dia beli tiket, kitorang dapat harga local. HAHHAHAA. no komen.




Sebelum gi Jimbaran, singgah Dreamland beach. Kecik dia beach dia tapi ramai orang. Sebelum ni ada singgah Blue point, tempat surfer2 melepak. CANTIK sangat laut dia tapi not much to do lah. Tempat tu actually just untuk surfer and backpackers la banyak. Kitorang jalan2 je kejap kat situ. 

Wah selfie dengan bantuan matahariku.





Wah ini barulah tempat yang aku suka. JIMBARAN. Sebab makan. Hhaha. Dari pagi sampai petang kitorang makan keropok2 dan masa kat uluwatu makan megi goreng laki aku makan soto. tu je. I is lapar tau camni. Aku bukan apa, gi Bali ni, aku tak berapa yakin nak makan2 tempat sembarangan. Huhu. Tak pergi Wong solo pasal aku dah pernah g masa company trip 2 tahun lepas dan tanah lot pun tak pergi pasal aku dah pergi jugak. Laki aku belum pergi, tapi sebab aku yang urus itinerary so ikut aku punya plan lah hahah.






480000 rupiah kot sama dengan lebih kurang RM140 camtu. If tak silap lah. Heh. Sapa gi Bali tak gi Jimbaran, toksah cerita kat orang ko dah gi Bali k. Hahahah. Acah je. Sebab ni a must go lah kalau g bali. Makan sedap. Banyak kedai, korang pilih jelah mana2 nak. Harga sama, cara masak je lain sikit.


****

Okay sekarang dua hari berikutnya, we olls check out dan bergerak ke hotel orang2 kaya. HAHHAHA. Terkejut laki aku tengok hotel ni pasal aku kan suka buat surprise kat dia. 

Sebelum sampai hotel baru, kitorang pekena nasi padang dulu. Makan kenyang2 walaupun tak berapa sedap lah kedai ni. Paru keras macam batu pfft.

Inilah hotel yang aku pilih. The Khayangan Dream Villa. Dia ada 2 tempat satu  kat Seminyak which is mahal sikit because of the happening location, and yang ni dekat Kerobokan/Umalas. Kawasan ni laid back sikit sebab tu murah sikit. Tapi if nak gi Kuta just 10-15min macam tu naik kereta if tak jem. Heh.

Hotel ni aku tempah via AirAsiaGo. Total for 3 hari 2 malam lebih kurang RM 1100 macam tu termasuk tax...Harga ni including private airport transfer (diorang amik kitorang dari hotel kat Kuta, and masa balik hantar kitorang kat airport), Daily breakfast prepare in our villa, charter service if kita nak gi area yang berdekatan. Villa ni actually 2 bedroom, so sebab aku pilih 1 bedroom, rege dia murah sikit and 1 bedroom tu dia kunci ler.


Welcome drink like a boss. SEDAP.

Bukak selipar nak pijak lantai coz i orang desa.


Open space living area. 
 

Buahan tu aku rasa sampai checkout gitu je bentuknya. Kitorang tak makan pun hehe

TV dekat living area. Air tu penuh, minum la sampai sengkak perut.


Pool area.




Sekali je kitorang duk sini sebab banyak tempat lagi nak duduk. hahaah.

Serious kolam dia best gila. Besar, kalau aku berdiri sampai leher gak lah. Untuk 2 orang kitorang boleh buat renang berirama la hahah


Kitchen area.


Ko masak lah kalau nak.

Kopi butter teh gula semua setiap hari dia tambah.

Sebab batak kan, jadi masuk2 je kitorang laki bini dok tangkap gambo je hehehe



Okay ni actually 2nd bedroom yang diorang kunci la. The layout exactly sama macam bilik kitorang. Motip honeymoon nak pergi berpasangan kan?? 


Jemput masuk bilik i untuk 2 malam ni hehe

Dalam pun ada tv jugak. Tapi macam takde kitorang pasang tv dalam bilik ni. Bantai tengok kat luar sebab nak ada suasana kolam renang.

Katil dia sumpah best giler! Banyak2 hotel yang aku pernah duduk (tak berapa nak banyak la sebenarnya), inilah yang paling selesa. Ko letak kepala ko kat bantal tu, tenggelam siot. Lembut sangat. Selesa gila tido.

Time malam menjelma. pasang je lampu bilik 2 bijik. 



Ini bahagian toilet lah.



Tak silap aku macam ada paip. Tersorok kot dalam gambar ni.

Tak cukup dengan kolam renang. Bath tub pun besar gabak. Ada bunga2 pulak tu. I loike. 






 Breakfast day 1. (mention ko muslim)


Breakfast Day 2.

Seriously Kayangan Dream Villa ni memang terbaik. Ko email, laju je dia reply. Since aku dah bayar time booking (Airasiago - debit card), aku just email dia bagitahu aku dah bayar semua n confirmkan flight detail and nama hotel mana dia nak amik aku. Punctual ok. Dia memang tunggu depan hotel ko awal2, kereta selesa just kitorang 2 orang je. Kitorang just relax je kat sini. Petang2 jalan kat kampung2 luar tu, singgah supermarket beli megi n ayam nak masak kat villa.

Masa check in dia akan tanya sarapan apa kita nak dan pukul berapa kita nak breakfast. Kitorang cakap pukul 9am, punctual dia kol datang pukul 9am dan memasak. Aku feeling2 mem besar dalam bilik pakai bathrobe hehehe.Petang2, diorang akan kol nak masuk kejap untuk sembur macam ubat nyamauk la, tapi tak bau pun. Sebab yelah memang kat luar ada nyamuk2 la sikit, sebab open air kan.. Tapi effort tu penting.

Aku saja pilih private pool villa sebab yelah, nama pun honeymoon. Kalau hotel2 biasa, nak mandi kolam renang kene berbikini pulak. huhu.. Bukan selalu. Bagi aku Bali, dia punya private pool villa agak affordable la. Kalau kat Malaysia kompem 1 malam ribu riban. Tapi aku nak remind la, yang kawasan villa ni memang kampung lah. Tapi ko dah bayar bilik best2 motip ko nak tinggalkan bilik kan? HAHA.

Ok, bye!