Saturday, August 16, 2014

Kahwin #19: Tawau wedding day

Well, selepas 2 bulan (24 november kalau tak silap aku) dari tarikh kahwin aku, 16 September 2012  majlis kahwin pihak lelaki pun diadakan di Tawau. My current hometown ye. Basically wedding sabah dan semenanjung amatlah berbeza. Sini meriah dia lain maciam. Dari pagi sampai malam, biasanya ada karaoke dan joget lambak dan sini biasanya diorang bagi duit instead of hadiah yang dipanggil Solok. Tapi aku amat bertuah sebab famili laki aku sangat sempoi jadi walaupun kenduri tetap dari pagi sampai malam, kitorang takdelah kene joget ke menari kejadah tengah-tengah umat tu. Karaoke pun takde, just pasang lagu-lagu je. Hew hew. Berikut adalah gambar persalinan aku sebanyak 3 pasang (over!).

Aku dan laki bersama kakak sulung aku dan adik bongsu aku. Sengsara jugak la baju ni sebab aku belon. Hmmph.


Mama dan ayahku yang sedondon pulak dengan weolls laki bini. 


Rombongan famili aku dari semenanjung. Merangkumi famili aku sendiri, famili makcik aku, opah aku dan juga abah. Abah ni actually jiran sebelah aku tapi kitorang panggil abah dan mak. Reason? idk.


Nak cerita sikit la. Kasut pengantin ni saiz dia ala-ala gadis bersaiz normal. Jadi sebab kaki aku bersaiz gajah, maka tak muat. Terjojol tumit aku time ni. HAHHAhHA! Nasib kain aku agak labuh.


Haaa ni gambar yang semenggah sikit.(boleh print ni gambar ni hmm Ada potensi).


Ini adalah famili mertua aku. 


Okay ni baju kedua. Sungguh suci kelihatannya. Muka terkejut abaikan. Kami laki bini memang hampeh kalau bab berposing. 

Kasut ni aku rasa boleh tahan muat la. Taklah sengkak macam kasut pagi tadi 

Kalau korang perasan, baju first je aku pakai crown ala2 pengantin. Itupun aku taknak, tapi mak andam aku cakap nanti kosong sangat. Dia ada nak bagi rantai, aku taknak. Sebabnya kat Tawau ni lain sikit. Diorang punya slogan "More is More" kot. Hahaha. Ada tetamu yang datang lagi glam dari aku. Apakah. Tapi aku tak kisah pun.

Terima lah muka suci aku.


Sebenarnya kan.. aku suka gila mekap aku kat Tawau ni. Nampak natural dan i rasa jelita tiga kali.


Dekat kelopak mata pakai pelekat tu. Jadi aku kang kg dot com, mata pun kuyu je. HAHA.

Ni la outfit ketiga dan terakhir malam tu. 

Lagi sekali gambar i bersama ahli keluarga.

Time ni aku dah ngantuk gila. Ko bayangkanlah, dari pukul 9 bersiap sampai sekarang ni dah lebih pukul 11malam lebih macam tu. Aku dah pikir nak cabut semua bulu mata palsu,baju pengantin , mandi dan tido je.


Ko tengok minum pun tumpah2 kat baju nampak sangat ko tak fokus. HAHA.


Secara rumusannya, agak penat nak mampus kahwin.

Ok bye!